Elok Terjaga Dari Koma Lepas Dengar Lagu TikTok, Sinetron Memang Level Lain

Kalau dulu CT pernah cerita yang ada jenazah bangun daripada kematiannya lepas dengar lagu tiktok, kali ni kejadian hampir sama berlaku dalam satu sinetron dari seberang.

Korang juga mungkin berminat nak baca: Jenazah Bangun Balik Dengar Lagu TikTok, Biar Betik?!

Ye, ramai rakyat Malaysia yang suka tengok sinetron sebab level plot dorang memang lain daripada lain. Dia punya level plot twist bukan biasa-biasa gais.

Dalam babak tu, ada seorang wanita yang dipanggil ibu sedang dalam keadaan koma sambil ditemani suami dengan anaknya. Walaupun anaknya dah puas panggil si mak suruh bangun, tapi si mak ni tetap jugak tak bangun-bangun.

Tiba-tiba anak ni dapat idea untuk buat video Tiktok masa tu sebab mak dia suka main Tiktok. Siap dia ajak ayah dia untuk join sekali menari tau.

Yang ajaibnya, dengar je lagu TikTok terus mak dia bangun gais! Fuh, mujarab betul eh lagu TikTok ni buat yang kaki TikTok ni sampaikan koma pun boleh bangun.

Sampaikan ada netizen yang cakap, mungkin lepas ni doktor boleh guna TikTok je untuk bangunkan pesakit. Aduh parah ginii T-T

Kalau korang nak tahu, filem dalam segmen Kisah Nyata ni tajuk dia Istriku Menelantarkan Keluarganya Demi Jadi Artis TikTok. Jadi memang banyaklah babak babak guna TikTok sampaikan ada yang tak masuk akal macam yang ini. 

Dari awal sampai habis memang bikin ngakak betul cerita ni. Korang pergilah tengok sendiri. Tak sanggup rasanya CT nak cerita. 

Raja.Lepak

Read Previous

Beratur Je Pun, Tapi Gaji Sebulan Boleh Sampai RM16,000

Read Next

Masyarakat India Tetap Percaya Air Suci Dari Sungai Kotor Ni Mampu Sembuhkan Segala Penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *