Chinatown 1974 Bawa Nostalgia Petaling Street Ke Generasi Baharu

default

Kalau dengar Petaling Street, mungkin tidak asing lagi di telinga. Tetapi ada satu lagi tempat yang bakal menjadi tarikan baharu di kawasan tersebut iaitu Chinatown 1974. Ia kini rasmi dibuka pada 5 September 2026 di Jalan Petaling yang membawa gabungan makanan, penginapan butik, wellness dan pengalaman gaya hidup dalam sebuah bangunan lapan tingkat.

Mengambil inspirasi daripada kehidupan Petaling Street sekitar era 70-an, Chinatown 1974 bukanlah sekadar cuba menghidupkan semula suasana lama. Sebaliknya, elemen nostalgia, budaya tempatan dan seni bina warisan digabungkan dengan sentuhan moden untuk memberikan pengalaman yang lebih dekat dengan generasi hari ini. 

Lokasinya juga menarik kerana dari beberapa ruang didalam bangunan ini yang dimana pengunjung boleh menikmati pemandangan Menara Merdeka Maybank yang menjadi latar moden kepada kawasan Chinatown yang penuh dengan sejarah.

Makanan pula menjadi antara tarikan utama di sini dengan tiga konsep F&B pada tiga tingkat yang pertama. Ada The Modern 70’s Malaysian Muhibbah Kopitiam yang membawa vibe kopitiam Malaysia, Thirty-one Mansion yang mengetengahkan budaya teh Nanyang serta Xi Ju Charcoal Hotpot untuk pengalaman makan beramai-ramai. 

Kalau nak lepak sambil menikmati pemandangan pula, boleh naik ke Twilight Terrace iaitu sebuah rooftop yang menawarkan specialty tea, coffee dan kombucha dengan pilihan ruang indoor serta open-air. Dari sini, pemandangan Menara Merdeka Maybank, KL Tower dan skyline Kuala Lumpur boleh dinikmati, terutama bila langit mula bertukar warna menjelang malam.

Sepanjang bangunan ini, pengunjung turut akan menemui mural staircase yang direka sebagai perjalanan visual melalui sejarah dan budaya Malaysia. Jadi, bukan sekadar tangga untuk naik turun tingkat, ia juga menjadi sebahagian daripada pengalaman dan pastinya salah satu spot yang menarik untuk bergambar.



Di dalam bangunan ini juga adanya hotel butik iaitu The Seven Stars Hotel yang menawarkan pengalaman menginap yang lebih intimate. Terletak di Level 5 hingga 7, hotel butik ini mempunyai 32 bilik dan membawa elemen warisan Chinatown 1974 ke dalam pengalaman penginapan yang lebih eksklusif.

Dengan gabungan makanan, penginapan, wellness, seni dan ruang sosial, Chinatown 1974 mahu menjadi sebahagian daripada evolusi Petaling Street tanpa menghilangkan karakter yang menjadikan kawasan ini begitu ikonik.

Raja Lepak

Read Previous

Domino’s Bawa Kembali Sambal Pizza Dengan Rasa Lebih Pedas, Pekat Dan ‘Kick’!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *