Sama Tapi Tak Serupa: Beza Sushi Dengan Kimbap

Kaki makan jer yang tahu beza antara kimbap dan sushi. Kalau diperhatikan, kedua-dua makanan ini kelihatan sama sahaja. Abang Bob pun memula hentam panggil sushi sebab tak ada beza sangat pun bentuk kedua-dua makanan nie.

Tapi ramai yang tidak mengetahui sebenarnya terdapat perbezaan antara dua makanan popular ini. Jom kita lihat apakah perbezaan utama kimbap yang berasal dari Korea dan sushi yang berasal dari Jepun itu.

Seni membuat sushi memang berasal dari Jepun, namun penghasilan awal resepi sushi ini dikatakan bermula dari Vietnam dan Kemboja. Ketika Dinasti Han menawan Vietnam pada abad pertama Sebelum Masihi, makanan ini dibawa ke negara China.

Pada waktu ini, Jepun baru sahaja melalui Zaman Gangsanya yang disebut sebagai Zaman Jidai. Pada zaman ini, Jepun agak ketinggalan daripada segi kemajuan ketika awal pembangunannya. Jepun mula melakukan aktiviti pertanian dengan mula mempelajari cara menanam padi pada Zaman Jidai.

Pada era Dinasti Han, China dianggap sebagai pusat ketamadunan manusia terbesar. Jadi, orang dari Jepun mula belajar tentang budaya orang China, termasuklah makanan berasal dari Vietnam yang menjadi tanah jajahan China ketika itu.

Baca artikel ini: 6 Makanan Eksotik Boleh Membunuh, #2 Ramai Ketagih

Orang Jepun menggunakan rumpai laut yang tumbuh meliar di persekitaran mereka dan membalutnya pada nasi. Dari situ, terhasilnya sushi. Di China, ia dipanggil sa, dan di Jepun pula, ia dipanggil namanari. Makanan ini kemudiannya dikenali sebagai haya-zushi di Edo dan lama-kelamaan, ia dipanggil sushi sahaja.

Untuk menghasilkan sushi dan kimbap, kedua-duanya mempunyai resepi yang berbeza. Sementara sushi menggunakan nasi yang dicampur cuka dan ikan mentah, orang di Korea membuat kimbap dengan menggunakan nasi yang dicampur dengan minyak bijan, daging lembu atau babi dan ditambah sayur jeruk. Kimbap datang ketika era Baekje iaitu pada abad pertama (100AD).

Sayur jeruk yang digunakan oleh orang Korea untuk membuat kimbap disebut sebagai kimchi (kobis), damuji (lobak putih) dan kaenip. Seperti Jepun, orang Korea juga banyak mempelajari dari Dinasti Han dalam pertanian dan masakan. Mereka juga terpengaruh dengan kepelbagaian makanan yang berasal dari China.

Jadi, itulah sedikit sebanyak sejarah serta asal usul sushi dan kimbap. Koreang lebih gemar makan yang mana satu? Pilihan Abang Bob sushi sebab Abang Bob tak makan kimchi. Hehehe.

Baca artikel ini: Semua Sedap! Hi-Tea Pilihan Rakyat Malaysia

Raja Lepak

Read Previous

Dah Bosan Breakfast Nasi Lemak? Meh Try Buat Pancake Lembut Dan Gebu

Read Next

Mat Salleh Berhabis RM400,000 Nak Jadi Jimin BTS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *