Kat Mana Jasin Tue? 10 Tempat Best Korang Kena Jejak Kalau Ke Jasin

Abang Bob yakin, mesti ramai yang tak berapa nak familiar dengan Jasin, salah sebuah daerah yang terdapat kat Melaka. Jasin mungkin tidaklah sepopular bandar Melaka yang memang terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah dalam kalangan pelancong. Tapi, kalau korang dah sampai Melaka tue, apa kata korang curi sikit masa melawat beberapa tempat best yang ada kat daerah Jasin. Apa yang best? Haaa jom kita intai!

1.   Dataran Jasin

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Korang wajib ke Dataran Jasin sebab kat sini adalah tempat sesuai beriadah bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti tempat refleksi, taman permainan, dataran, pentas serta aktiviti sukan lasak.

2.   Muzium Pertanian

Untuk mengenali Jasin di masa lampau korang boleh melawat Muzium Pertanian yang terletak di tengah-tengah bandar Jasin. Asalnya bangunan ini merupakan Pejabat Pos pertama di Bandar Jasin. Muzium ini diwujudkan untuk memaparkan fakta dan mitos asal Jasin sebagai salah satu penempatan perkembangan wilayah yang agak penting bagi Melaka.

3.   Makam Tun Teja

Anda pasti pernah mendengar tentang Tun Teja. Makam Tun Teja terletak di Jasin. Makam yang terletak di Merlimau ini dipercayai sebagai makam Tun Teja Ratna Benggala anak kepada Seri Amar Diraja Bendahara, Pahang atau nama asal Inderapura. Tun Teja ialah isteri kepada Sultan Mahmud Shah (1458-1511). Apabila Melaka ditawan olen Portugis pada tahun 1511 baginda telah berundur ke Bentayan atau kini Muar. Semasa pengunduran inilah Tun Teja yang ketika itu sedang gering dan mangkat.

4.   Anjung Bonda

Anjung Bonda merupakan kawasan penginapan yang merangkumkan konsep pelancongan alam semulajadi (Eco-Tourism) dan pelancongan pertanian (Agro-Tourism). Kawasan dusun seluas 5 ekar yang dirintangi oleh pertemuan Sungai Tambak Merlang dan Sungai Chohong ini merupakan kawasan yang belum tercemar dan mempunyai latar belakang flora dan fauna yang amat menarik serta berlatarbelakangkan puncak Gunung Ledang. Aktiviti kehidupan cara kampung juga menggamit pelancong tempatan yang kebanyakkannya dari kalangan penghuni kota yang meminati suasana yang nyaman dan selesa. Antara destinasi pelancongan yang boleh dilawati di sekitar kawasan Anjung Bonda ialah kawasan Rekreasi Gunung Ledang di Asahan dan perkampungan orang asli di Lubuk Bandong.

5.   Air Terjun Asahan

Air Terjun Gunung Ledang/ Air Terjun Asahan merupakan sebuah kawasan rekreasi yang sesuai untuk semua golongan. Kawasan riadah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur termasuk tempat penginapan. Antara tarikan utama pusat rekreasi ini adalah sungai-sungai dan air terjunnya yang nyaman dan segar. Di kawasan peliharaan ini, korang boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, meredah hutan, mandi-manda, ‘bird watching’, seminar dan kem motivasi. Disamping menjalankan aktiviti, korang juga berkesempatan melihat pelbagai jenis dan spesis flora dan fauna antaranya orkid hutan dan periuk api hutan yang pastinya cantik dan menarik.

Baca artikel ini: 5 #LathiChallenge Paling Menyeramkan. Tapi Best!

6.   Jeti Anjung Batu

Jeti Anjung Batu yang terletak kira-kira 24km dari Bandar Jasin merupakan tempat pelabuhan bot-bot penumpang yang membawa penumpang ke Pulau Besar. Di jeti ini terdapat pelbagai kemudahan-kemudahan infrastruktur yang mana menjadi kemudahan dan keselesaan para pengunjung yang datang. Disamping itu, terdapat beberapa buah gerai yang menjual pelbagai bentuk kraftangan yang pastinya menjadi kenangan untuk dibawa pulang. Korang juga, boleh menikmati keindahan dengan pemandangan Selat Melaka yang sungguh mempesonakan.

7.   Medan Ikan Bakar Serkam

Bagi korang yang menggemari ikan bakar selera Melaka bolehlah menikmati kelazatan ikan bakar yang pastinya menjilat jari. Sambil-sambil makan, korang boleh menikmati pemandangan laut yang cantik dengan alunan oleh desiran ombak yang mengasyikkan. Medan Ikan Bakar Serkam terletak berhampiran dengan Masjid Jamek Serkam iaitu 30km dari Bandar Jasin. Waktu perniagaan bermula daripada pukul 3 petang hingga 2 pagi pada setiap hari.

8.   Bukit Batu Lebah

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Pusat Rekreasi ini terletak di Bukit Senggeh, Selandar di mana ianya dikelolakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Kawasan ini menyediakan laluan pejalan kaki serta trek berjogging di mana dapat memberi peluang para pengunjung menikmati keindahan semulajadi kawasan tersebut.

9.   Masjid Jamek Serkam

Masjid Jamek yang terletak di Serkam ini telah ditubuhkan pada 1953. Pada asalnya, peneroka-peneroka di sini berasal daripada Palembang dan dipercayai masjid yang bersejarah ini didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk di sini. Bentuk seni binanya seperti pagoda di mana tiang seri di dalam masjid dan atapnya adalah jariah daripada penduduk di sini. Batu-batu merah yang digunakan dipercayai dibawa daripada Pulau Besar dengan menggunakan perahu. Antara keistimewaannya, kayu seri 4 yang menjadi asas utama masjid ini berukuran 20 meter tingginya dipercayai dibawa daripada Lipat Kajang. Mimbarnya juga penuh dengan ukiran yang indah disamping terdapat kata-kata azimat di bawahnya.

10.   Pintu Masuk Sempadan Sg. Rambai

Sungai Rambai merupakan satu daripada 20 mukim di dalam daerah Jasin. Di sini merupakan pintu masuk daripada Selatan Semenanjung bagi mereka yang ingin ke Daerah Jasin melalui Daerah Muar Johor. Istimewanya pintu masuk sempadan Sg Rambai ini adalah ia merupakan sempadan daerah dan negeri yang memisahkan Negeri Melaka dan Johor. Dengan dihiasi oleh pintu gerbang yang cantik pasti memikat para pengunjung.

Baca artikel ini: Nak travel soon? Jangan tinggal barang ni

Raja Lepak

Read Previous

Nak Beli Cili Kering? Ini Perbezaan Yang Korang Perlu Tahu

Read Next

Suka Makan Ketam? Study Tip Pilih Ketam Isi Banyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *