Bulan Oktober dah pun menjelma! Tapi kalau korang masih belum ada perancangan nak buat apa setiap hujung minggu, apa kata singgah ke the Curve? Macam-macam aktiviti menarik menanti korang sepanjang bulan ini, daripada shopping dan bertemu artis kegemaran hinggalah aktiviti menyeronokkan bersama keluarga serta sesi kecergasan. Jadi, tak adalah hujung minggu korang terasa bosan.
1. Shopping Je, Reward Akan Menanti

Bagi yang kaki shopping, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Curve Lurve Market yang berlangsung setiap hujung minggu dari 9 Oktober hingga 1 November di The Street. Pelbagai barangan menarik seperti fesyen, aksesori, barangan koleksi dan produk tempatan menanti untuk diterokai. Nak cari hasil seni dan kraftangan unik? Curve Lurve Indoor Market pula berlangsung dari 16 hingga 18 Oktober di Fashion Walk.
Lebih menarik lagi, kempen Mega Sales & Mega Moments berlangsung dari 1 Oktober hingga 5 November 2026. Dengan perbelanjaan RM500 melalui maksimum dua resit pada hari yang sama, anda boleh menebus bantal dan selimut edisi terhad di Concierge, Ground Floor. Tertakluk pada terma dan syarat serta selagi stok masih ada.
2. Ada Peluang Jumpa Artis Kegemaran!

Siapa peminat hiburan tempatan, ini peluang korang! Pada 11 Oktober, Hari Gabungan Kuasa Anugerah Melodi Terhangat bakal memeriahkan Fashion Walk dengan sesi bertemu peminat bersama barisan artis seperti Daiyan Trisha, Meerqeen, Dato’ Seri Vida dan Dato’ Fazley Yaakob. Selain persembahan muzik secara langsung, pengunjung turut boleh menikmati sesi bergambar, autograf, permainan interaktif dan pelbagai hadiah menarik.
3. Aktiviti Seronok Bersama Seisi Keluarga
Takkanlah tak nak happykan anak-anak kecilkan. Jangan risau, bawa si kecil korang ke Curve Kids Studio yang berlangsung pada hujung minggu terpilih dari 10 Oktober hingga 1 November dekat Reading Corner, Level 2. Dengan perbelanjaan minimum RM30 di mana-mana kedai, anak-anak boleh menyertai aktiviti kreatif yang menyeronokkan. Penyertaan adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat tau.
Nak yang lebih meriah tak? CREEPIN’ IT CUTE iaitu Halloween Campaign yang berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November akan membawakan suasana Halloween ke seluruh pusat beli-belah, lengkap dengan aktiviti dan pengalaman menarik untuk seisi keluarga. Mesti anak-anak si kecil rasa seronok.
4. Masa untuk Produktif dan Recharge!

Badan dah menggeliat, sakit-sakit ototkan sebab tulah ini masanya untuk korang jadi lebih produktif dan lebih sihat. Dekat the Curve ni, korang boleh join Atilia Haron untuk sesi FREEYOGAFIT secara percuma pada 17 Oktober di Piazza, sesuailah untuk meregangkan badan dan menenangkan minda yang penat tu.
Kalau korang suka aktiviti yang lebih bertenaga, pada 11, 18 dan 25 Oktober, korang boleh join aktiviti Sunday Fitness Dance bersama Ayriz Fitness di Asian Courtyard dengan muzik rancak serta gerakan tarian yang senang sahaja untuk kotang ikut.
Pada 31 Oktober dan 1 November pula, saksikan aksi bertenaga pasukan sorak menerusi KBS Cheerleading Kebangsaan 2026 di Centre Court.
Kalau korang suka tengok aksi yang penuh tenaga, jangan lepaskan KBS Cheerleading Kebangsaan 2026 pada 31 Oktober dan 1 November di Centre Court, the Curve! Bolehlah tengok pasukan sorak beraksi dengan koreografi yang menarik, skill mantap dan semangat berpasukan yang padu.