Terliur Tengok Nasi Bajet Berlauk RM3.50 Akak Ni, Padu Portionnya!

Memang ohsem gila kalau jumpa kedai yang masih jual nasi bajet untuk poket rakyat marhaen sekarang.

Macam yang viral dekat Twitter ni. Tak kisahlah lauk apa, ayam, daging, udang, sotong, lalal, ikan, ketam memang semua pun dia jual dengan harga RM3.50. Niat nak bagi orang makan untuk puas hati. Bukan keuntungan yang dikejar sangat.

Yelah korang bayangkan. Masa semua orang naikkan harga makanan, dia leklek je masih jual nasi yang portion dia tak perlu cakap banyaknya. Memang sangat sangat murah kalau nak dibandingkan dengan harganya.

Tempat kita, nasi satu senduk. Ayam seketul pun dah sampai RM5. Tu paling murah rasanya sekarang ni. 

Kalau masih ada yang kata akak ni jual mahal, netizen tolong rotankan dia. Biasa sangat tu. 

Korang kalau nak support akak ni boleh cari dekat depan Surau Al-Falah Seksyen 6, Kota Damansara. Buka Isnin-Jumaat bermula 5.30pm.

Keep support okay?

Gambar: @NurulShima_3

Raja Lepak

Read Previous

Ramai Terhibur Tengok Pelajar Terkejut Kantoi Leka ‘Layan’ Telefon

Read Next

Jangan Buat Main, Gaji Pemandu Lori Boleh Cecah RM8K

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *