6 Makanan Eksotik Boleh Membunuh, #2 Ramai Ketagih

Kat dunia nie terdapat banyak makanan pelik lagi eksotik yang siapa sangka rupa-rupanya ia menjadi makanan istimewa kat beberapa buah negara. Kat Malaysia sendiri ada sesetengah makanan ini selalu gak dimakan oleh masyarakat kat sini dan banyak dijual di pasar awam. Abang Bob kalau cakap pasal makanan eksotik, tak fikir lain dah mesti ia terdiri daripada haiwan liar yang sangat menggelikan. Korang pernah ke makan makanan eksotik? Kat bawah nie Abang Bob nak bagi tahu 6 makanan eksotik yang dianggap paling bahaya untuk dimakan.

1.   Ikan Buntal

Masyarakat Jepun gemar makan ikan buntal walaupun mengetahui ia salah satu makanan paling beracun di dunia. Jadi kenapa mereka masih boleh makan? Ini kerana racun di dalam badannya ini boleh dibuang. Tapi kena tahu cara yang betul.

2.   Kerang Darah

Ada orang kita kat Malaysia nie makan kerang darah. Mungkin ramai yang kata tidak salah untuk memakan makanan berdarah. Pun begitu, ia adalah satu kesilapan kerana darah yang terdapat dalam haiwan laut ini pernah menjadi punca penularan Hepatitis A dan E.

3.   Cendawan

Apa salah cendawan pula? Terdapat banyak jenis cendawan dan ada antaranya selamat untuk dimakan dan ada yang tidak dan boleh membawa maut. Antara jenis cendawan yang korang wajib berhati-hati adalah Death Cap, Destroying Angels and Deadly Webcap yang mempunyai racun. Disebabkan itu, korang disarankan untuk tidak membeli dan memakan cendawan yang tidak berlabel.

Baca artikel ini: Makan Kaki Ayam Kalau Nak Kulit Cantik

4.   Keju Busuk

Alahai, tengok pun takut apatah lagi nak makan. Dicipta dari susu kambing biri-biri dan dibiarkan terdedah kepada lalat. Lalat ini kemudiannya akan bertelur dan meninggalkan larvanya di situ. Inilah punca kewujudan ulat kecil tersebut. Kesan memakan keju busuk yang bernama ‘casu marzu’ini adalah sakit perut, mual-mual, muntah-muntah serta kematian jika gagal dirawat segera. Tapi orang masih makan sebab katanya sedap. Erkk?

5.   Sotong Kurita

Kebanyakan orang di Korea makan makanan eksotik yang satu ini. Bernama ‘san nak ji’ merupakan kaki bayi sotong kurita. Sotong kurita ini bukanlah berbahaya kerana ia beracun atau berdakwat. Sebaliknya, kaki bayi sotong kurita ini boleh melekat pada tekak atau kerongkong pemakannya. Kesannya, ia akan mengakibatkan sesak nafas serta kematian jika lambat dirawat.

6.   Sosej

Kenapa sosej merbahaya? Tahukah sosej adalah sangat berbahaya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Menurut kajian yang dijalankan oleh John Hopkins Medicine, sosej adalah penyebab utama dalam kes kecederaan akibat tercekik makanan bagi kanak-kanak berusia bawah 3 tahun!Harap selepas ini semua orang lebih menjaga hygiene dan tidak mengamalkan pemakanan sebegini agar kita semua sihat sejahtera. Paling penting makanan yang dimakan perlu dimasak dengan sempurna.

Baca artikel ini: Sedapnyer! 6 Jenis Tom Yam Korang Wajib Cuba

Raja Lepak

Read Previous

Kenapa Orang Korea Cukup Suka Makan Jeruk? Ini Kebaikan Perlu Korang Tahu

Read Next

5 #LathiChallenge Paling Menyeramkan. Tapi Best!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *