Sedapnyer! 6 Jenis Tom Yam Korang Wajib Cuba (Jaga-jaga yang ke-7)

Korang yang ada mengikuti artikel Abang Bob sebelum ni mesti masih ingat abang ada tulis pasal sejarah tom yam, iaitu makanan Diraja Thailand.

Kali ni Abang Bob akan senaraikan antara 7 pilihan tom yam yang ada. Harap-harap korang tak terliur laa yer.

Tom Yam Kung

Tom Yam Kung adalah jenis Tom Yam yang popular di kalangan pelancong asing bila berkunjung di Thailand. Tom Yam jenis ini juga ada terdapat di Malaysia. Bercirikan kuah yang agak merah manakala lauk yang ditambah dalam air rebusan ini adalah udang.

Tom Yam Pla

Tom Yam Pla adalah jenis rebusan sup putih yang ditambah dengan lauk ikan. Tom Yam jenis ini lazimnya dimakan bersama nasi putih. Dikatakan Tom Yam jenis ini sangat popular di Thailand satu ketika dahulu sebelum kemasukan pelancong secara besar-besaran ke Thailand. 

Antara jenis ikan yang digunakan dalam masakan ini adalah ikan segar air tawar dan juga ikan air masin. Namun ikan air tawar lebih menjadi pilihan kerana ikan jenis ini tidak mudah hancur apabila direbus manakala ramuan rempah akan digunakan bertujuan menghilangkan bau hanyir pada ikan.

Baca artikel ini: Kepelbagaian Laksa di Malaysia

Tom Yam Kai

Tom Yam jenis ini hanya bercirikan lauk ayam. Ia merupakan hidangan bagi sesiapa yang tidak boleh makan makanan laut atau ikan. Maka hidangan ini adalah alternatif untuk korang yang alergik. Tom Yang jenis ini turut diletak bersama hirisan lengkuas.

Tom Yam Por Thek/Pok Tek

Tom Yam jenis Pok Tek adalah yang paling popular di Malaysia. Hidangan jenis ini terdapat campuran pelbagai jenis makanan laut seperti cebisan ikan, sotong, kupang dan udang. Di Thailand ia dipanggil Tomyam Por Thek Thale.

Tom Yam Nam Khon

Tom Yam Nam Khon adalah variasi Tom Yam jenis baru kerana kuahnya telah dimasak bersama santan dan menjadikannya lebih pekat berbanding dengan Tom Yam jenis lain. Manakala lauk dalam tomyam ini biasanya jenis udang yang besar yang diletakkan bersama cili kering.

Tom Yam Kung Mak Phrao On Nam Khon

Tom Yam jenis ini agak menarik kerana terdapat isi kelapa muda yang dimasak bersama lauk udang dalam satu hidangan. Di Thailand mereka menghidangkan Tom Yam jenis ini di dalam buah kelapa muda. 

Tom Yam Kha Mu (Tidak Halal)

Tom Yam jenis ini menggunakan daging khinzir. Lazimnya daging yang digunakan adalah pada bahagian kaki. Tom Yam jenis ini turut terdapat di Laos dan merupakan hidangan tradisi bagi sesetengah tempat.

Tom Yam sekarang ni telah menjadi popular bukan sahaja di Malaysia malah turut menjadi kegemaran di Singapura, Indonesia dan juga Brunei. Hasil variasi baru yang telah dicipta oleh orang-orang Siam maka kita dapat menikmati kelazatan hidangan Tom Yam. Kalau nak buat sendiri Tom Yam kat rumah pun boleh. Sebab dah ada pes segera Tom Yam kat kedai.

Baca artikel ini: Bronok: Makanan Istimewa Dari Bumi Mahsuri Langkawi

Admin

Read Previous

Biar Betul? Wanita Dakwa Dirinya Seekor Kucing

Read Next

Makanan Tradisi Negeri Sembilan Wajib Korang Try

One Comment

  • Kalau tomyam perut lembu dlm bahasa siam , camne pulak nak disebut ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 5 =