Biar Betul? Wanita Dakwa Dirinya Seekor Kucing

Kat dunia ni korang memang akan jumpa perangai-perangai pelik manusia yang pelbagai. Kadang-kadang perangai pelik manusia tu memang tak boleh diterima akal langsung. Korang jangan terkejut pula yer.

Antara perangai pelik manusia yang Abang Bob nak bagitahu ni ialah kisah seorang wanita bernama Nano yang berasal dari Oslo, Norway.

Bukan apa, gadis cantik berusia 24 tahun ni cakap, dia sebenarnya merupakan seekor kucing yang lahir di dalam tubuh manusia. Ok ini memang kelakar.

Sebab dia percaya bahawa dirinya merupakan seekor kucing, Nano akan berkelakuan seperti haiwan tersebut bukan sahaja semasa berada di rumah, tapi juga ketika berada di luar.

Abang Bob tak faham laa apa masalah dia ni. Tapi yang menghairankan, walaupun dia mendakwa dirinya sebagai seekor kucing, tapi kalau kat luar dia tetap berjalan dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya. Apesal tak merangkak jer macam kucing? Hahaha!

Baca artikel ini: 5 Makanan Eksotik Di Malaysia

Sama ketika berada di rumah, kat luar pun Nani akan memakai telinga palsu yang menyerupai bentuk telinga kucing.

Antara kelakuan pelik Nano ialah, dia gemar memburu tikus di rumah pada waktu malam dan akan mengejarnya sama kelakuan seperti seekor kucing termasuk tidur di dalam sinki. Bahkan, dia juga mendakwa tidak gemar mandi kerana mengikut sifat kucing yang tidak sukakan air. 

Nano juga memberitahu bahawa dia faham dengan bahasa kucing. So dia sering berbual dengan kucing-kucing jalanan walaupun dengan hanya mengeluarkan bunyi ‘meow’ sahaja.

Dakwa Nano, dia mula menyedari dirinya adalah seekor kucing sewaktu dia berusia 16 tahun. Itu pun selepas seorang doktor yang juga pakar psikologi memberitahunya terdapat ‘sesuatu’ di dalam tubuh badannya.

Sama seperfti kucing sebenar, Nano mendakwa telinganya juga sensitif dan boleh mendengar bunyi yang tidak boleh didengari oleh manusia.

Kalau terserempak dengan anjing pula, Nano akan bertindak balas dengan mengeluarkan bunyi desiran seolah-olah untuk mempertahankan diri daripada diserang oleh anjing.

Hurmm. Macam-macam perangai manusia pelik ditemui. Sekarang ni Abang Bob cuma terfikir macam mana laa Nano ni menggunakan tandas yer? Apa-apa pun korang jadilah diri korang yang sebenar ok.

Baca artikel ini: Pulau Poveglia Saksi Ribuan Mayat Terbuang

Raja Lepak

Read Previous

5 Makanan Eksotik Di Malaysia

Read Next

Sedapnyer! 6 Jenis Tom Yam Korang Wajib Cuba (Jaga-jaga yang ke-7)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *