5 Makanan Eksotik Di Malaysia

Malaysia memang terkenal sebagai syurga makanan dalam kalangan pelancong. Tambahan pula rakyat Malaysia sendiri memang suka makan tanpa mengira waktu. Buktinya, kat Malaysia ada restoran Mamak yang dibuka 24 jam. Pukul 3 pagi pun Abang Bob masih boleh menikmati nasi lemak yer. Tapi apa yang pasti, makanan Malaysia memang semua sedap-sedap.

Korang pernah try makan makanan yang dianggap eksotik? Haa! Kalau belum meh sini Abang Bob nak senaraikan 5 makanan yang dianggap eksotik di Malaysia. Mana tahu korang teringin nak cuba nanti.

Landak Masak Rendang

Selalu orang menggunakan ayam atau daging untuk membuat rendang. Tapi korang pernah cuba tak landak masak rendang? Kalau belum kat Sungai Besar, Selangor ada restoran yang menyediakan menu ni. Kalau Abang Bob sate landak pernah laa cuba. Tekstur daging landak ni sama seperti ayam, Cuma ia sedikit liat. Rasanya pula memang sedap dan unik. Daging landak ni dia bermusim, dah harganya pun boleh tahan mahal juga yer.

 Tupai Masak Black Pepper

Bagi sesetengah orang, mungkin kedengaran agak janggal nak makan daging tupai. Apatah lagi apabila ia dibuat masakan black pepper. Tapi memang ada yer restoran yang menyediakan masakan daging tupai black pepper ni iaitu terletak di Gopeng, Perak. Alahaii! Tak sampai hati nak makan sebab comel sangat! Ada yang dah pernah cuba? 

Baca artikel ini: Tom Yam Makanan Istimewa Keluarga Diraja Thailand

Daging Dan Telur Buaya

Kalau korang ke Tuaran, Sabah, boleh laa kot cuba makan daging buaya dan juga telur buaya. Khabarnya daging buaya tu dibuat masak cili pedas. Ada pendapat mengatakan bahawa telur buaya ni sangat berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit lelah. Selalu kita dengar kes buaya membaham orang, kali ni buaya pula yang dibaham orang. Hehehe! 

Kerabu Bronok

Bronok yang dimasak kerabu ni pun termasuk dalam salah satu menu yang dianggap eksotik di Malaysia. Teksturnya seperti timun laut dan licin. Bronok ni tak boleh dimasak sebab nanti ia akan cair dan bertukar menjadi air masin. Kalau teringin nak rasa bronok ni, korang boleh pergi ke Langkawi nanti ok.

Belalang Goreng

Masa Abang Bob bercuti kat Bangkok, Thailand, melambak orang jual belalang goreng kat tepi-tepi jalan. Ingatkan kat Thailand jer boleh jumpa, rupanya Malaysia pun ada yer. Tempatnya kat Bachok, Kelantan. Orang kata sedap belalang goreng ni. Rasanya rangup dan dibuat makanan ringan seperti snek. Belalang goreng ni bermusim terutamanya ketika musim menuai padi.

Amacam? Nampak menyelerakan tak? Hahaha! So far Abang Bob pernah try landak jer. Kalau korang teringin nak rasa, pergi laa memburu makanan eksotik yang Abang Bob dah ceritakan tu.

Baca artikel ini: Bronok: Makanan Istimewa Dari Bumi Mahsuri Langkawi

Raja Lepak

Read Previous

Cabaran Redah Dua Gunung di Bukit Fraser Yang Amat Sukar & Mencanak

Read Next

Biar Betul? Wanita Dakwa Dirinya Seekor Kucing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *