Makan Kaki Ayam Kalau Nak Kulit Cantik

Ada sesiapa di sini yang suka makan kaki ayam? Kalau korang makan, Abang Bob nak ucapkan syabas. Tetapi pada yang tidak, inilah masa untuk korang mencubanya.

Bukan apa, ramai sebenarnya yang tak sanggup nak makan sebab bentuknya yang pelik dan kotor? Tapi kalau korang nak tahu, kaki ayam punya banyak kelebihan untuk kulit wajah tau. So tak hairanlah orang Cina, Korea, Vietnam dan Filipina yang amalkan makan kaki ayam memiliki  kulit yang bersih, berkilat dan awet muda. 

Kajian oleh Department of Animal Science of National Chung-Hsing University in Taiwan menunjukkan bahawa kaki ayam mengandungi banyak kolagen. Kaki ayam juga sumber asid hyaluronik dan chondroitin sulfate yang boleh menghalang kesan penuaan. Malah ia juga baik untuk osteoarthritis bagi orang yang mengalami masalah sendi.

Baca artikel ini: 5 Idea Masakan Berasaskan Petai

Kolagen digambarkan sebagai protein yang berfungsi sebagai gam yang ‘menyatukan badan kita bersama’. Faedah bukan hanya untuk kulit tetapi juga untuk jantung. Kat sini Abang Bob senaraikan antara kebaikan kaki ayam:

  • Kulit lebih sihat dan muda
  • Ia kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat.
  • Ia meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah.
  • Melambatkan kesan arthritis.
  • Mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan).

Yang pasti kebanyakan kolagen atau suplemen kolagen yang dijual kat kedai mahal. Jadi, mengapa bayar begitu banyak jika korang mempunyai alternatif yang murah? Gunakan kaki ayam selain sihat, macam-macam menu korang boleh buat dengan menggunakan kaki ayam tau.

Baca artikel ini: Patut Orang Jepun Suka Sangat Ratah Snek Edamame

Raja Lepak

Read Previous

Menarik! 6 Mesin Layan Diri Paling Pelik Di Dunia

Read Next

Risau Batu Lesung Tumpul! Anda Wajib Cuba Tips Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *