Kalau anda membesar dengan karakter Mr. Men Little Miss, rasanya kali ini memang susah nak tahan diri untuk tak tersenyum. Starbucks Malaysia kini membawa dunia penuh warna dan karakter ini ke dalam koleksi terbaru mereka yang dilancarkan secara eksklusif di Malaysia.
Kita throwback sikit, Mr. Men mula diperkenalkan pada tahun 1971, sebelum Little Miss menyusul pada tahun 1976. Ada Little Miss Sunshine yang sentiasa ceria, Mr. Happy yang tak habis-habis tersenyum sehinggalah Mr. Strong yang cukup bertenaga. Senang cakap ada je karakter yang boleh menggambarkan perangai atau mood kita pada hari tertentu. Dan kali ini, karakter-karakter ini boleh dibawa ke mana-mana melalui koleksi Starbucks yang comel ini.

Koleksi ini menampilkan pelbagai barangan untuk peminat termasuk Bearista Glass Cold Cup, tumbler, plush pouch blind box, plushie, puffer bag, stokin dan lanyard bersama charms. Selain itu, Ada juga sesuatu yang sedikit berbeza untuk mereka yang masih suka bermain iaitu Game Set yang mempunyai set permainan batu seremban, wooden block tower dan puzzle cube, lengkap dengan drawstring bag.



Selain itu juga, untuk menghiasi kereta anda pelanggan boleh membuat pembelian minimum RM150 dalam satu resit akan menerima set car decal edisi terhad yang menampilkan lima rekaan pelekat berbeza untuk koleksi Mr Fib.

Untuk ahli Starbucks Rewards, belanja dengan minimum RM200 untuk aktivasi atau reload ke Starbucks Card, ahli boleh mendapatkan Starbucks Mr. Men Little Miss Lanyard. Kalau ada STARS yang sudah lama tersimpan, boleh juga digunakan untuk menebus Mr. Men Little Miss Magnet Set dengan 500 STARS. Jika mahukan Game Set pula boleh ditebus dengan 1,000 STARS + RM120.


Koleksi Starbucks Mr. Men Little Miss ini mula tersedia pada 25 Ogos 2026, eksklusif di Starbucks Malaysia dan sementara stok masih ada.