UNIQLO Perkenalkan Koleksi Fall/Winter 2026 Dengan Sentuhan Baharu

UNIQLO kembali memperkenalkan koleksi Fall/Winter 2026 yang membawa nafas baharu kepada pakaian harian menerusi gabungan gaya klasik, inspirasi outdoor dan rekaan moden. Musim ini, item asas yang sinonim dengan LifeWear telah diberi sentuhan baharu melalui pilihan siluet, warna, material dan fungsi yang lebih sesuai dengan gaya hidup masa kini.


Untuk musim Fall/Winter 2026, UNIQLO mengetengahkan beberapa kategori outerwear utama seperti Casual Outerwear, PUFFTECH dan Seamless Down. Casual Outerwear hadir dengan pilihan seperti coat, shirt jacket, padded outerwear dan blouson yang mempunyai potongan yang lebih santai serta mudah digayakan secara melapis. Sesetengah rekaan turut dilengkapi fungsi kalis angin dan kalis air untuk menghadapi cuaca yang berubah-ubah.

Bagi yang mahukan pakaian ringan tetapi tetap memberikan kehangatan, PUFFTECH menjadi antara pilihan yang menarik. Bahannya menggunakan gentian ultra-halus yang membantu memerangkap udara untuk memberikan kehangatan tanpa rasa terlalu berat. Menariknya, PUFFTECH Parka yang boleh dilipat turut dikemas kini supaya lebih mudah dibawa ketika travel atau ketika bergerak dari satu tempat ke tempat lain.


Sementara itu, koleksi Seamless Down pula menggabungkan kehangatan dan keselesaan dengan gaya yang lebih kemas. Antara pilihan yang diketengahkan ialah Women’s Reversible Down Short Jacket dan Light Down Volume Jacket. Untuk melengkapkan gaya ketika cuaca sejuk, koleksi HEATTECH turut hadir dalam pilihan Warm, Extra Warm dan Ultra Warm. Tidak terhad kepada innerwear, HEATTECH juga diperluaskan kepada aksesori seperti scarf dan sarung tangan yang menggunakan bahan HEATTECH, Cashmere dan Soufflé Yarn.

Knitwear juga menjadi antara tarikan utama musim ini dengan fokus kepada bahan yang selesa, hangat dan mudah dipadankan. Cashmere dan Merino Wool menjadi pilihan utama, masing-masing menawarkan tekstur serta tahap kelembutan dan kehangatan yang berbeza. Dari segi warna pula, merah, biru dan coklat menjadi antara warna utama untuk Fall/Winter 2026. UNIQLO turut memperkenalkan tekstur dan material baharu termasuk fluffy cashmere, smooth cotton, Soufflé Yarn dan low-gauge cable knit untuk memberikan lebih dimensi kepada gaya untuk berlapis.


Untuk pakaian harian, sweatshirt dan bottoms pula diberi nafas baharu yang direka untuk menjadi pilihan serba guna sama ada dipakai ketika berehat di rumah, keluar bekerja atau melakukan aktiviti harian. Bahan dan pembinaannya turut dikemas kini untuk memberikan tekstur yang lebih penuh dan lembut. Antara rekaan baharu ialah Women’s Button-Up Sweat Pullover yang boleh dipakai secara berlapis.

Bagi bottoms, perhatian diberikan kepada tiga kategori utama iaitu Barrel, Jeans dan Culottes. Selain siluet EZY Barrel yang sudah popular, koleksi baharu turut menampilkan Slim Straight Jeans dan High-Rise Wide Jeans. Culottes dan easy pants pula memberikan pilihan yang lebih santai tanpa mengetepikan penampilan yang kemas.


Fleece yang selama ini sinonim dengan pakaian outdoor turut diberi pendekatan baharu yang tidak lagi terhad untuk aktiviti luar. Koleksi ini kini hadir dalam lebih banyak siluet seperti half-zip, pullover, fleece T-shirt dan fleece bottoms. Dengan material yang ringan dan memberikan kehangatan, rekaan ini lebih mudah dipakai dalam rutin harian, bukan sekadar ketika melakukan aktiviti di luar.


Koleksi Women’s Lounge & Underwear turut diperkenalkan dengan rekaan yang boleh bergerak antara pakaian di rumah dan pakaian untuk aktiviti harian. Konsep “Effortless Charm” menampilkan fabrik lembut serta pilihan warna dan corak yang lebih ceria. Koleksi ini direka supaya mudah dipakai ketika berehat di rumah, namun masih sesuai untuk aktiviti santai di luar. Bagi yang lebih gemarkan gaya ringkas, konsep “Minimalist Classic” pula mengetengahkan rekaan yang lebih clean dan mudah dipadankan.

Antara perkara yang menarik perhatian dalam preview koleksi Fall/Winter 2026 ialah pengenalan koleksi Hijab pertama UNIQLO di Malaysia. Koleksi ini merangkumi AIRism UV Protection Hijab, Georgette Hijab dan Satin Hijab, yang menawarkan pilihan berbeza mengikut keperluan, rutin dan acara. Dalam masa yang sama, musim baharu ini turut dilengkapkan dengan koleksi kolaborasi seperti UNIQLO: C dan UNIQLO U yang masing-masing membawa pendekatan tersendiri terhadap gaya harian kontemporari.

Raja Lepak

Read Previous

TikTok Jadi Ruang Belajar Dan Berkongsi Ilmu, Bukan Sekadar Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *