Jenazah Bangun Balik Dengar Lagu TikTok, Biar Betik?!

TikTok merupakan satu platform yang menghiburkan. Punyalah trendy sampaikan lagu-lagu TikTok boleh masuk dalam radio beb.

Memang gempak habis.

Tapi lagi gempak bila katanya ada jenazah yang bangun semula lepas dengar lagu TikTok. Biar betik?! Misteri nusantara betul ni.

Dalam satu video yang dikongsikan di Twitter @nqmnfikrii_ korang boleh tengok macam mana jenazah boleh bangun bila dengar lagu TikTok.

Hmm, mungkin sebab tu jugaklah kita kena silent phone bila melawat orang meninggal kot.

Kalau dekat ruangan komen, korang boleh tengok ramai yang terhibur dengan sketsa pendek ni. 

Sampai ada yang buat konklusi yang jenazah semasa hidupnya terlalu alpa dengan TikTok, jadi bila meninggal masih menari bila dengar lagu TikTok.

Berterabur masing-masing lari. 

Mesejnya kalau korang nak main TikTok janganlah sakan sangat ehh, risau jadi macam ni je. 

Pss, sis dapat bayang perasaan yang tertinggal tu. Mesti rasa kaki macam kena paku dekat lantai. T-T

Nota: Jangan serius sangat plis. #pembarismainjauhjauh ;p

Raja Lepak

Read Previous

Viral Banyak Barang Pelanggan Tertunggak Hub J&T

Read Next

Misteri Berambut Panjang Di Gunung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *