Viral Banyak Barang Pelanggan Tertunggak Hub J&T

Sebab wabak COVID-19 melanda, ramailah yang gunakan platform online yang ada untuk beli barang sebab nak elakkan risiko jangkitan.

Tambah pula kena PKP, orang ramai pun tahu memang lagilah bertambah parcel yang ada dekat pejabat pos.

Tapi viral beberapa hari lepas satu posting FB yang tunjukkan kawasan gudang J&T Sri Kembangan 605 penuh dengan barang-barang pelanggan.

Dalam posting tu juga dimaklumkan juga yang staf J&T banyak yang berhenti sebab ada isu dalaman dengan pihak pengurusan J&T Selangor. Bukan takat barang hilang, tapi maklumat parcel pun tak jelas, parcel barang rosak & macam-macam lagilah.

Sampaikan pelanggan yang datang ke J&T terpaksa beratur hampir 3 jam lamanya! Kaunter pun tak ada orang layan

Katanya benda ni jadi bila J&T dah mula buang sistem komisen runner start dari Jan 2021. Yang mana kiraan komisen dikira bila lepas 1,200 parcel dihantar.

Contohnya dalam bulan tu, runner dah hantar parcel dalam 1,500 jadinya kiraan hanya bermula pada parcel 1,201. Kalau 1,500 = 300 parcel akan dibayar komisen 60 sen = RM180.

Berkenaan dengan isu komisen J&T korang boleh baca dekat posting Muhammad Zaki ni.

Kredit gambar: Nur Sirah

Raja Lepak

Read Previous

Vaksin COVID-19 Punca Orang Jadi Gay? Apakah…

Read Next

Jenazah Bangun Balik Dengar Lagu TikTok, Biar Betik?!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *