Masyarakat India Tetap Percaya Air Suci Dari Sungai Kotor Ni Mampu Sembuhkan Segala Penyakit

Di India, ada setengah sungai yang akan dianggap suci. Jadi walau kotor macam mana pun, dorang akan tetap hargai sungai tu dan buat ritual yang akan menggunakan air suci tu termasuklah mandi dan minum.

Kredit: Live Journal

Tapi dalam satu laporan media tempatan India, air dari salah sungai kotor yang berlokasi di Mumbai tu katanya tiba-tiba je jadi bersih dan jernih tanpa sampah sarap. Nak lagi ajaib? Ada yang kata air tu dah berubah rasanya jadi lebih manis.

Malah ada jugak yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak merasa perubahan tu.

Kalau korang nak tahu, sungai memang jadi lokasi paling mudah untuk individu tak bertanggungjawab di India buang sampah sebab bagi dorang sungai tu tak penting pun.

Kredit: Unbelievable Facts

Walaupun begitu, mereka percaya yang air sungai tu adalah air suci kiriman Tuhan yang boleh sembuhkan segala jenis penyakit. Dan walaupun dah dilarang untuk buat aktiviti dekat sungai yang kotor tu sebab boleh datangkan mudarat, ramai je yang ambil tak peduli sebab kepercayaan yang kuat.

Untuk pengetahuan korang, air sungai tu bukannya bertukar manis pun. Dia cuma rasa kurang masin daripada biasa sebabkan cuaca yang selalu hujan. Jadi kandungan garam dalam tu menurun dan kurangkan rasa masin dia.

Kredit: India Today

Hmm, risau pulak dengan tabiat kepercayaan mereka ni. Yelah kalau difikir logik, bila sungai tu dah jadi lokasi pembuangan sampah, tak mungkinlah ia mampu sembuhkan penyakit kan?

Datangkan penyakit lagi adalah.

Tapi fenomena ni tak lama. Dalam 2 minggu je ia berlaku sebelum bertukar normal semula.

Kredit gambar utama: Outlook India, TheVocket

Raja Lepak

Read Previous

Elok Terjaga Dari Koma Lepas Dengar Lagu TikTok, Sinetron Memang Level Lain

Read Next

Saiz Lebih Besar Dari Sistem Solar, Imej Black Hole Pertama Buat Ramai Tergamam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *