Saiz Lebih Besar Dari Sistem Solar, Imej Black Hole Pertama Buat Ramai Tergamam

Sebut je black hole ramai yang tahu ianya adalah tumpuan jisim dengan medan gravity yang kuat sampaikan cahaya tak boleh keluar.  Black hole ni senang cerita macam vakum – sedut segala serpihan yang ada dekat angkasa lepas.

Black hole ni dipanggil black bukan sebab warnanya hitam, tapi sebab kemampuan dia sedut segala cahaya yang ada tanpa sebarang pantulan.

Kredit: The Conversation

April 2019, ahli astronomi buat pertama kalinya dedahkan imej pertama black hole kepada umum lepas 2 tahun dorang perhatikan analisis komputer dari teleskop radio dekat 6 gunung dan 4 benua.

Kredit: New Scientist

Dalam gambar tu korang boleh nampak adanya lingkaran cahaya jingga dekat keliling bulatan hitam. Dan untuk pengetahuan korang, apa yang kita nampak dalam gambar sebenarnya kecik je.

Saiz yang sebenarnya lebih besar dari seluruh sistem solar! Bayangkan…

Kredit: Chandra X-ray Observatory

Kalau ikut teori dari Einstein, tak ada satu pun yang mampu terlepas dari tarikan black hole termasuklah cahaya sebab black hole ni lokasi paling tumpat dan jitu dekat seluruh cakerawala.

Raja.Lepak

Read Previous

Masyarakat India Tetap Percaya Air Suci Dari Sungai Kotor Ni Mampu Sembuhkan Segala Penyakit

Read Next

Entiti Wanita Misteri Disangka Hantu Bantu Misi Cari Mangsa Lemas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *