Entiti Wanita Misteri Disangka Hantu Bantu Misi Cari Mangsa Lemas

Baru-baru ni viral satu video operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas dekat sebuah sungai dekat Bali, Indonesia. Pasalnya dalam video tu tiba-tiba je ada satu entiti rambut panjang yang bergerak sambil memegang batu dekat tepi sungai tu.

Kredit: TribunNews

Kecoh jugaklah dibuatnya warga maya sebab masing duk ingatkan yang dia tu hantu sebabkan dia tak pakai pakaian seragam macam yang lain.

Sedar dengan kekecohan tersebut, pasukan menyelamat pun jelaskan yang disangka hantu tu sebenarnya orang betul dan merupakan sukarelawan yang terlibat dalam operasi pencarian mangsa.

“Bahawa (sosok wanita dalam video) adalah sukarelawan dari Mexico, dia mencari Komang Ayu yang hilang di Sungai Petanu.” – Anak Agung Alit Supartana, Ketua Operasi

Mungkin sebab cara gerakan dia yang pelik kot tu yang orang ingat dia bukan manusia. Lagi pula dengan rambut terurai macam tu. 

Sebelum ni pun ada jugak kejadian macam ni. Seorang lelaki berambut panjang disalah sangka sebagai entiti oleh para hikers yang ambil gambar pemandangan dekat gunung. Juga berlaku dekat Indonesia juga.

Korang boleh baca dekat sini: Misteri Berambut Panjang Di Gunung

Aduh, macam-macam. 

Raja Lepak

Read Previous

Saiz Lebih Besar Dari Sistem Solar, Imej Black Hole Pertama Buat Ramai Tergamam

Read Next

Lukis Wajah Prince Harry Dan Terjual Dengan Harga RM11K, Babi Ini Digelar Pigcasso

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *