Beratur Je Pun, Tapi Gaji Sebulan Boleh Sampai RM16,000

Korang percaya tak kalau CT kata ada orang dekat dunia ni dia beratur je pun, tapi boleh jana income sampai belas belas ribu untuk sebulan?

Macam Robert Samuel ni, dia boleh jana income sekitar dalam USD1,000 (~RM4,000) dalam masa seminggu dengan hanya buat servis beratur. Tak kisahlah tunggu apa, daripada sampel sampai ke tunggu barangan rare semua dia sanggup buat.

Kredit: Racked NY

Bayaran yang dia caj ke cust USD25 (~RM100) untuk first hour dan USD10 (~RM40) untuk setiap satu jam seterusnya.

Kalau barang senang dapat mungkinlah tak lama, tapi buat barang limited edition memang lumayan gila lah jawab dia!

Mula sekali dia masuk dalam bidang tawar servis beratur ni pada tahun 2012 bila dia dibuang kerja dan masa tu kebetulan iPhone 5 baru nak keluar. Jadi dia iklankan tawaran siapa yang nak upah dia beratur dengan harga dalam USD100 je. 

Tapi masa tengah beratur tu, tiba-tiba cust dia bagitahu dia tak jadi nak beli tapi tetap bayar Robert dengan jumlah yang dijanjikan. Masa tu Robert ni dah nak keluar barisan, tapi dia terfikir why not dia jual tempat dia tu kan? Sebab itu memang hak dia. 

Kredit: Business Insider

Cara kreatif Robert berfikir ni akhirnya menguntungkan sebab dia dapat bukan USD100 tapi USD325 lepas dah beratur sampai 19 jam.

Bila dia nampak yang beratur ni boleh buat bisnes, Robert tubuhkan syarikat Same Ole Line Dudes (SOLD) yang tawarkan servis beratur yang mana para pekerjanya adalah daripada kawan-kawan dia yang nak buat part time. 

Kredit: NPR

Memang daripada tukang beratur biasa, terus dapat gelaran tukang beratur profesional.

Kalau korang rasa nak buat part time, rasanya boleh je. Sebab dekat Malaysia ni tak ramai yang buat servis beratur ni.

Kalau ada yang buat masyuk jugak ni rasanya sebab ramai je yang nak beli barang-barang rare, tapi sebab malas nak beratur hasrat tu ditangguhkan. Kan kan? 

Raja Lepak

Read Previous

Nampak Simple, Tapi Harga Rumah Nobita Ni Cecah RM2 Juta!

Read Next

Elok Terjaga Dari Koma Lepas Dengar Lagu TikTok, Sinetron Memang Level Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *