BBQ Lamb KL Kemensah Menyajikan Pengalaman Makan Dalam Sungai

Bagi korang yang inginkan pengalaman unik ketika makan, lepas PKP nanti boleh lah singgah ke BBQ Lamb KL Kemensah. Dekat sini korang boleh merasa pengalaman makan di dalam sungai. 

Bukan tepi sungai ye, ni betul-betul dalam sungai gaiss! Meja makan dia parking betul-betul tengah sungai tu. Memang konsep back to nature sangat.

Baru-baru ni Hamka berpeluang untuk merasa makan dekat sini. Lokasi BBQ Lamb KL Kemensah ni sebenarnya adalah di kawasan Ulu Kelang, landmark dia kawasan belakang Zoo Negara tu je. 

A group of people sitting at a park

Description automatically generated
Kredit: BBQ Lamb KL Kemensah
A river with a city in the background

Description automatically generated
Kredit: BBQ Lamb KL Kemensah
Kredit: BBQ Lamb KL Kemensah

Disebabkan kitorang pergi masa weekend, memang agak pack tempat nie. Bila korang sampai je kat sini, korang dah terus kena order makanan. Lepastu kalau ada meja kosong, staff dekat sana akan guide korang untuk ke meja mana yang available.

Menu di sini adalah berasaskan BBQ Asian Marinated. Antara set yang popular di sini adalah Meat Set di mana ayam, itik, daging dan kambing bakar dihidang dalam satu pinggan. 

Set ni datang bersama nasi kuning, sup dan juga dessert. Portion ini cukup untuk 4 orang makan. Meat Set untuk 4 orang ini berharga RM150.

A group of people sitting at a table with a plate of food

Description automatically generated
Kredit: BBQ Lamb KL Kemensah
A plate of food on a table

Description automatically generated
Kredit: BBQ Lamb KL Kemensah

Lagi satu set yang popular yang korang perlu cuba adalah Seafood set di mana ada isi ikan Salmon, Soft Shell Crab, Sotong Bakar dan juga Lobster. Juga dihidang dengan nasi kuning, sup dan juga dessert. 

Set Seafood untuk 4 orang ni berharga RM170. Selain daripada ni ada banyak lagi benda-benda yang korang boleh tengok di menu dorang.

Kredit: BBQ Lamb KL Kemensah
Kredit: BBQ Lamb KL Kemensah

Pemilik restoran yang dikenali sebagai Zainuddin memberitahu pada mulanya restoran ini amat kurang pelanggan sejak dibuka enam tahun lalu dek kerana tempat ini jauh ke dalam.

Namun, dengan bantuan marketing di media sosial, jumlah pelanggan semakin hari semakin bertambah. Pelanggan yang datang ke sini sekarang adalah daripada semua bangsa termasuklah daripada luar negara seperti dari Eropah, negara-negara Arab dan Jepun tau.

A house covered in snow

Description automatically generated
Kredit: BBQ Lamb KL Kemensah

Pendapat Hamka sendiri, servis bagus, makanan sedap dan harga pun berpatutan, tempat syiok… just perfect untuk sekali sekala keluar makan bersama keluarga. Nak berkali berkala pun boleh sebenarnya! Sebab sangat sangat berbaloi dan tak lobang lah poket kita tu.

Tak percaya dengan review Hamka kali ni tak apa. Why not awak jemput jemput mencuba sendiri lepas PKP… dan pastu boleh kongsi experience awak kat sana dengan Hamka. Deal?

But on weekends, sila booking dulu ya? Takut satgi tak ada seat pulak sebab usually on weekends memang full house katanya!

Artikel berkaitan
Nampak Unik Namun 10 Makanan Tradisi Sabah Ini Wajib Anda Cuba!
Biar Benar! Kedai Makan ‘Hipsters’ Wujud Di Felda Lurah Bilut?

Raja Lepak

Read Previous

Slim River Miliki ‘Water Rafting’ Terbaik di Malaysia?

Read Next

Kreatif! Pil Viagra Jadi Aksesori Menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *