Nampak Unik Namun 10 Makanan Tradisi Sabah Ini Wajib Anda Cuba!

Tahukah korang yang Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia? Tidak dinafikan negeri Sabah memang merupakan antara negeri yang menjadi tarikan pelancongan utama di negara kita. Sebut sahaja daerahnya, pasti ramai pelancongnya.

Selalunya kita terbiasa mencuba makanan tradisi di negeri Semenanjung Malaysia, apa kata kali ini lepas PKP nanti korang tukar selera mencuba makanan tradisi Sabah pula?

Berikut Hamka senaraikan 10 makanan tradisi Sabah yang wajib korang cuba. Semestinya halal dan enak, pilih sahaja mana-mana yang anda teringin untuk cuba.

1. Hinava

Kredit : butterkicap
Kredit : syurgamakanan

Hidangan tradisional ini pasti mula bermain di minda korang jika sebut sahaja tentang hidangan tradisional Sabah, bukan? Hinava Ginapan atau lebih dikenali dengan Hinava ini merupakan antara makanan tradisional yang terkenal bagi suku kaum Kadazan-Dusun.

Hidangan ini terdiri daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam.

Fakta menarik tentang Hinava ialah isi ikannya tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan adanya perahan jus limau. Ala-ala sushi juga hidangan ini, bukan?

2. Ambuyat

Kredit : willflyforfood

Di Sabah dan Sarawak, hidangan ini dikenali dengan linut. Namun secara amnya, hidangan ini selalunya dipanggil ambuyat. Hidangan ini cukup terkenal di negeri-negeri Borneo seperti Sabah dan Sarawak dan juga di negara Brunei.

Ambuyat ini merupakan hidangan tradisional yang diperbuat daripada bahagian batang dalam sagu sawit yang juga merupakan bahan berkanji. Rasanya dan cara ia dimakan unik, namun keenakannya masih terjamin.

Kredit : wordlfood

Ianya dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos. Sosnya ada berbagai jenis, ada yang menggunakan belacan atau kuah ikan rebus.

3. Kuih Jala

Kredit : Butterkicap

Jangan terkeliru pula, hidangan ini namanya kuih jala dan bukan roti jala. Kedua-duanya juga sangat berbeza dari segi tekstur, rasa dan warna, terutamanya.

Kuih jala diperbuat daripada tepung beras, gula, minyak masak dan air sahaja. Cara penyediaannya juga agak mudah, jadi anda bolehlah cuba untuk membuatnya sendiri. Pasti enak!

Walaupun ianya kuih tradisi Sabah, kuih Jala ini bukan sahaja boleh didapati di Sabah. Malah, ketika kenduri-kendara, kuih ini sering sahaja dimasukkan untuk ‘door gift’.

4. Kuih Lidah Buaya

Kredit : Friedvhillies

Nama kuih ini memang unik, tapi Hamka yakin korang pasti pernah melihat dan pernah mencuba sendiri kuih lidah buaya. Ianya selalu sahaja dihidangkan semasa kenduri-kendara sebagai ‘door gift’ atau semasa hari raya.

Kuih lidah buaya atau tiram diperbuat daripada tepung, telur, marjerin, garam, minyak dan disirakan gula halus. Rasanya manis dan rangup, semakin dikunyah semakin manis.

Namanya ada berbagai versi. Ada yang menggelarnya kuih lidah buaya, kuih tiram dan kuih kapal terbang. Cukup menarik!

5. Kuih Cincin

Kredit : worldlesswednesday

Satu lagi kuih yang cukup terkenal di Papar iaitu kuih cincin. Diperbuat daripada gula perang dan tepung beras, nama kuih ini diambil bersempena bentuknya yang seperti cincin.

Bahan yang digunakan untuk membuat kuih cincin ialah gula, gula nipah/gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula Melaka. Gula melaka inilah yang menyumbang kepada rasa manis untuk kuih cincin yang rangup ini.

6. Barabbo

Barabbo yang juga dikenali sebagai Berobok merupakan makanan tradisi suku kaum Bugis di Sabah. Secara ringkasnya, Barobbo ini merupakan bubur jagung yang cukup sesuai dimakan pada waktu sarapan.

Bahan asasnya ialah nasi, jagung dan ayam. Cara penyediaannya juga ada banyak versi. Ada yang letak banyak sayur, ada yang menggunakan belacan, namun cara membuatnya tidaklah terlampau rumit. Hidangan ini bukan sahaja enak malah mengenyangkan.

7. Noonsom

Kredit : The Malay Mail

Hidangan tradisi ini cukup terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Noonsom bermasuk ‘jeruk’ dalam bahasa Melayu. Ianya mempunyai berbagai jenis. Ada Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan (buah) dan Noonsom Tuhau (ulam).

Cara penyediaannya juga ringkas, lebih kurang dengan cara penyediaan jeruk biasa yang menggunakan cuka, garam dan cili merah. Hidangan ini cukup sesuai dinikmati sebagai snek untuk makan petang atau semasa menonton filem.

8. Pinasakan

Kredit : Tropical

Pinasakan atau Pinasakan Sada ialah makanan tradisi Sabah yang cukup terkenal di kalangan suku kaum Kadazan-Dusun. ‘Sada’ di sini bermaksud ikan, jadi Pinasakan ini selalunya dihidangkan bersama ikan Basung.

Bahan-bahan lain yang digunakan untuk membuat Pinasakan Sada ialah kunyit, takob-takob, garam dan buah bambangan. Hidangan ini akan berganda keenakannya jika dimakan bersama nasi putih dan sambal.

9. Tuhau

Tuhau merupakan makanan tradisi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Ianya sebenarnya sejenis jeruk yang diperbuat daripada pokok tuhau, sejenis halia liar. Dari situlah hidangan ini mendapat namanya.

Aroma tuhau ini sememangnya kuat, bergantung kepada empunya badan sama ada anda boleh menahan baunya atau tidak. Namun, khasiat yang terdapat pada hidangan yang selalunya dijadikan pembuka selera ini memang tinggi.

10. Amplang

Amplang merupakan makanan ringan berasaskan ikan yang cukup terkenal di kalangan suku kaum Bugis di Sabah. Nama lain bagi Amplang ini ialah keropok kuku macan.

Amplang ini boleh dikatakan sebagai keropok ikan. Namun, ianya juga ada pelbagai versi – ada keropok udang dan ketam juga. Hidangan ini selalunya dinikmati semasa minum petang, lebih enak jika dijamah bersama teh atau kopi panas.

Makanan tradisi Sabah ada banyak lagi sebenarnya namun Hamka senaraikan 10 sahaja buat anda. Jika Hamka senaraikan kesemuanya, memang tidak akan habis kerana ada berpuluh-puluh makanan tradisi Sabah sebenarnya tau!

Cara penyediaan untuk beberapa makanan tradisi yang Hamka senaraikan ini agak mudah, jadi anda boleh sahaja cuba untuk membuatnya sendiri di rumah time PKP. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Artikel berkaitan
Sedap Tak Terkata! 10 Makanan Tradisi Bugis Wajib Anda Cuba
Lepas PKP Wajib Pergi! 5 Port Food Court ‘Hipster’ di Kuantan Untuk Anda ‘Chill’ Dan Makan

Raja Lepak

Read Previous

Mayat Suami Baru Meninggal Di Makan Hantu

Read Next

Ini Legend! Bank Guna Seterika ‘Basmi’ Covid-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *