Kreatif! Pil Viagra Jadi Aksesori Menarik

Aduhhh… Abang Bob ni dah dua hari sakit pinggang. Nak cari laa ubat  kat kedai, pun habis jugak!

Tak sangka ubat sakit pinggang pun ramai orang borong yer. Habis licin! Cakap pasal ubat, haritu Abang Bob ada laa terbaca satu kisah seorang mak cik kat AS ni. Nak kata kreatif pun yer jugak. Tak pernah dibuat orang apa yang mak cik tu lakukan.

Ada ke patut dia jadikan ubat-ubatan sebagai aksesori atau barangan perhiasan diri? Hahahah! Mak cik tersebut, Susan Braig dari California menjana pendapatan dia dengan menjual ubat-ubatannya yang telah tamat tempoh.

Braig ni dulunya seorang penghidap barah payudara, tapi telah sembuh sepenuhnya. So dia ada banyak bekalan ubat-ubatan yang tak habis dimakan dan telah tamat tempoh.

So dengan ubat-ubatan dia yang dalam bentuk pil dan tablet itulah, dia olah semula untuk jadikan aksesori perhiasan wanita.

Lagi menarik, hasil jualan barang aksesori itu juga, dia mampu melunaskan hutang bil hospital yang tertunggak sewaktu dia menderita barah berkenaan.

Kata Braig, dia masih ingat lagi bil pertama rawatannya mencecah AS$500 (RM2165.50). Dengan jumlah bil sebesar itu, dia kata bil hospitalnya dah sama harga dengan nilai seketul batu permata.

Selepas tujuh tahun menerima rawatan dan telah disahkan bebas daripada kanser, tapi dia masih belum mampu melangsaikan hutang bil hospital yang mencecah ribuan dolar.

Satu hari, Braig terfikir satu idea kreatif untuk menjadikan pil-pil miliknya yang telah tamat tarikh luput sebagai karya seni.

Baca artikel ini: Ini Legend! Bank Guna Seterika ‘Basmi’ Covid-19

Dia yang sememangnya mempunyai kemahiran seni kraf telah menukar ubat-ubat kanser tadi kepada aksesori perhiasan seperti loket, gelang, rantai, cincin dan subang telinga.

Memang cantik-cantik barangan perhiasan yang dia hasilkan tu. Abang Bob sendiri kagum. Kata Braig, idea tu juga tercetus selepas dia pergi ke satu pameran seni bertemakan perubatan yang dianjurkan oleh Yayasan NewTown Pasadena.

Semasa pameran tu, Braig telah mengutarakan ideanya untuk menghasilkan sebuah tiara yang dihiasi dengan pil bagi menggantikan batu permata yang jauh lebih mahal.

Tanpa diduga, barang kemas tiruan itu telah mendapat perhatian dalam kalangan pengunjung, malah ada yang meminta Braig untuk membuat perhiasan serupa bagi dijadikan koleksi peribadi.

Sejak itu, Braig mula menghasilkan lebih banyak aksesori perhiasan wanita menggunakan ubat terbuang. Ramai yang kagum dengan hasil yang ditonjolkan oleh wanita tu sampaikan barangannya laris terjual.

Menurut Braig, dia tidak hanya menggunakan ubat-ubatan tamat tempoh miliknya sahaja, tetapi dia juga dapat bekalan ubat-ubatan tamat tempoh daripada rakan-rakan dan juga pelanggan.

Katanya, ubat-ubatan tu akan diproses terlebih dahulu sebelum dijadikan ‘batu permata’ supaya bentuknya lebih tahan lama. Pil berbentuk gel lebih mudah pecah dan cair jika terdedah dengan cuaca panas. 

Setiap aksesori yang dihasilkan dijual pada harga AS$15 (RM64.98) hingga AS$150 (RM649.65) bergantung pada jenis rekaan.

Setakat ni, aksesori paling popular dan mendapat permintaan tinggi ialah loket yang bertatahkan pil Viagra di tengah-tengahnya. Hahahah! Abang Bob rasa nak pengsan sekarang.

Baca artikel ini: Kantoi! Bunyi Dalam Tandas Gara-Gara ‘Mic’. Puas Tak?

Raja Lepak

Read Previous

BBQ Lamb KL Kemensah Menyajikan Pengalaman Makan Dalam Sungai

Read Next

Nasi Tumpang (Tupe) Dan Nasi Tumpeng. Apa Bezanya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *