Ini Legend! Bank Guna Seterika ‘Basmi’ Covid-19

Sejak dunia dilanda dengan wabak Covid-19, pelbagai cara digunakan untuk membunuh virus Covid-19 walaupun keberkesanannya masih belum terbukti. Tindakan pelik ini juga turut dilakukan oleh seorang pegawai Bank of Baroda di Gujarat, India yang kini menggunakan seterika bagi membasmi wabak kuman pada cek yang diterima daripada pelanggan.

Tindakan tersebut dikongsikan oleh pengguna Twitter, Anand Mahindra yang memuat naik video di media sosial menunjukkan rutin harian di kaunter bank berkenaan dijalankan sepanjang tempoh perintah berkurung di India.

Menerusi klip video berkenaan, seorang kakitangan bank memakai penutup hidung dan mulut dan sarung tangan mengambil cek menggunakan penyepit.

Cek yang diambil itu terus diletakkan di atas meja sebelum ditekap dengan seterika.

A picture containing indoor, man, paper, holding

Description automatically generated

Anand berkongsi klip video itu dengan tanda pagar ##whatsappwonderbox dan video itu kini ditonton 250,100 kali.

“Saya tidak fikir teknik digunakan pada cek itu berkesan tapi kreativiti itu perlu dipuji,” katanya.

Pelbagai reaksi diterima daripada warganet dan ada beranggapan teknik itu berkesan, manakala ada yang ragu-ragu.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

India kini menjalani kawalan pergerakan selama 21 hari bagi menghalang penularan Covid-19, pandemik yang kini mengancam hampir seluruh dunia.

Setakat ini, India mencatatkan 3,588 kes jangkitan Covid-19 dengan 99 kematian.

Hah, ada yang nak cuba-cuba ke dekat rumah tu! Hamka bukan nak halang tapi betul ke boleh hapuskan Covid-19 ni?

Raja Lepak

Read Previous

Nampak Unik Namun 10 Makanan Tradisi Sabah Ini Wajib Anda Cuba!

Read Next

10 Bunga Ini Boleh Dimakan Dan Banyak Khasiat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *