10 Bunga Ini Boleh Dimakan Dan Banyak Khasiat?

Peranan tumbuh-tumbuhan bukan setakat hiasan dan pemberi udara yang sejuk. Tumbuhan ini berkesan dalam mengurangkan tekanan, mencegah selesema, dan membuang racun di udara sekitar rumah.

Namun sebenarnya tumbuh-tumbuhan dan bunga juga boleh dimakan. Sesetengah dari tumbuhan ini diketahui mencetuskan tindak balas alahan apabila dimakan. Namun, sesetengah yang lain juga didakwa baik untuk dimakan.

Berikut Dang Sari senaraikan 8 bunga yang selamat untuk dimakan dan memberi khasiat kepada tubuh anda.

1.   Calendula

A close up of a flower

Description automatically generated
A bowl of food

Description automatically generated

Tanaman emas ini telah menjadi sebahagian daripada keluarga ester. Bunga ini boleh dijadikan sebagai teh atau minyak. Bunga ini juga boleh dimakan begitu sahaja tau gaiss. Kelopak bunga ini boleh menjadi sajian salad atau dihidangkan dengan cara dipanggang.

Bunga ini berfungsi untuk merawat sengugut haid, sakit tekak, kanser, ulser, buah pinggang, cacar dan penyakit kuning.

2.   Echinacea (Coneflower)

A bunch of purple flowers

Description automatically generated
A group of pink flowers on a table

Description automatically generated

Echinacea ini biasanya dijadikan teh atau ekstrak dalam bentuk serbuk. Caranya sangat mudah, keringkan bunga, kemudian hidangkan sesuai apa yang anda inginkan.

Bunga ini juga boleh menjadi herba tahan udara panas. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk melawan gangguan sistem pencernaan, jangkitan pundi kencing dan selesma.

3.   Dandelion

A yellow flower

Description automatically generated
A plant in a garden

Description automatically generated

Bunga cantik berwarna kuning cerah ini juga boleh dimakan. Apabila bunga ini menjadi layu, bunganya akan diterbangkan bersama angin.

Benih putih halus yang terdapat pada bunga ini merupakan sumber vitamin A, C dan K yang sangat baik untuk tubuh. Dalamnya juga tersimpan sedikit vitamin E dan B.

Kandungan lainnya ialah zat besi, kalsium, magnesium dan kalium. Bunga ini juga diketahui memiliki tahap antioksidan yang tinggi serta anti-radang yang boleh juga digunakan sebagai bahan dalam salad, sup dan teh.

4.   Bunga Raya (Hibiscus) 

A close up of food on a wooden table

Description automatically generated

Bunga berwarna merah jambu terang ini tumbuh di kawasan tanah tropika, seperti Indonesia dan juga Malaysia.

Popularitinya di dunia masakan meningkat secara drastik semenjak beberapa tahun kebelakangan ini kerana rasanya yang lazat dan tahap vitamin C yang tinggi.

Bunga ini biasanya ditemui dalam teh dan koktel. Gunakan juga bunga ini sebagai alternatif pencuci mulut.

Beberapa penyelidikan menunjukkan bunga raya boleh membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kolestrol.

5.   Lavender

A close up of a flower

Description automatically generated
A bowl of food on a table

Description automatically generated

Lavender ini biasanya digunakan sebagai wangi-wangian, tapi juga mempunyai manfaat untuk tubuh jika dimakan. Bunga ini boleh dicampur menjadi minyak penting yang dipercayai dapat membantu mengatasi kegelisahan, jangkitan kulat dan keguguran rambut.

Meski minyak lavender tidak boleh dimakan, tapi anda boleh mendapatkan manfaat lavender sebagai pelengkap kepada herba, teh, koktel, pasta, sos salad dan pencuci mulut.

6.   Mawar (Roses)

A red rose on a flower

Description automatically generated
A cup of coffee on a table

Description automatically generated

Bunga mawar biasanya digunakan sebagai hiasan atau hadiah untuk insan tercinta. Namun, siapa sangka jika mawar ini juga boleh dimakan?

Mawar mengandungi vitamin C yang bermanfaat untuk tubuh. Gunakan mawar untuk membuat jem, sup dan teh. Air mawar juga boleh digunakan sebagai pelengkap rasa dalam hidangan makanan dan minuman.

7.   Bunga Matahari (Sunflowers)

A vase with yellow flowers on a table

Description automatically generated

Bunga matahari sangat popular dengan bijinya yang boleh dimakan, secara keseluruhan yang biasa disebut sebagai kuaci.

Namun, selain bijinya boleh dimakan, ia juga boleh dihancurkan dan dijadikan serbuk untuk membuat roti.

Tunas bunga muda boleh dikukus dan dimakan. Sementara kelopak, daun dan akarnya boleh dihidangkan sebagai teh.

8.   Nasturtium

A close up of a flower

Description automatically generated

Semua bahagian dari bunga ini diketahui boleh dimakan. Bahkan bunganya sering digunakan sebagai salah satu kandungan dalam hidangan salad.

Nasturtium mengandungi 130 miligram vitamin C setiap 100 gram dan 45 miligram lutein. Pemakanan dalam nasturtium diketahui mampu menjangkakan gangguan mata, kanser, diabetes dan penyakit jantung.

9.   Bunga Tongkeng

A yellow flower with green leaves

Description automatically generated
A plate of food

Description automatically generated

Bunga ini berwarna putih kekuningan yang akan mengeluarkan bau harum pada waktu malam. Di sebalik namanya yang unik bunga ini pun boleh dimakan tau.

Ia kaya dengan karbohidrat, protein, Vitamin A dan vitamin C. Pucuk bunga tongkeng enak dibuat kerabu , gulai ataupun digoreng. Rasanya agak sedikit pahit tetapi sedap. Buat masyarakat Cina, mereka lebih gemar untuk dijadikan sup bunga tongkeng.

10.   Bunga Durian

A bowl of pasta with sauce and cheese

Description automatically generated
A close up of a flower

Description automatically generated

Hamka yakin tidak ramai yang tahu, bunga durian boleh dimakan. Jika ada bunga durian yang bertaburan, harap jangan dibuang. Bunga durian ini sesuai dikutip ketika waktu panas kerana bila lepas hujan, bunga durian akan berlendir.

Di Negeri Sembilan, kebiasaannya bunga durian akan dibuat gulai atau rendang. Jika di Sarawak pula, bunga durian enak digoreng bersama belacan dan cili padi.

Bagaimanapun, bunga durian perlu dibersihkan terlebih dahulu. Buangkan lendir di pangkal hujung bunga. Bunga durian juga boleh dibuat kerabu tetapi bunganya perlulah dicelur terlebih dahulu.

Ada yang dah terliuq ke tu… Jom time PKP ni kita cuba makan bunga pula korang… Bukan sahaja sedap dimakan malah banyak khasiatnya.

Raja Lepak

Read Previous

Ini Legend! Bank Guna Seterika ‘Basmi’ Covid-19

Read Next

Slim River Miliki ‘Water Rafting’ Terbaik di Malaysia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *