Slim River Miliki ‘Water Rafting’ Terbaik di Malaysia?

Water rafting atau berkayak arus deras sudah semestinya satu daripada aktiviti rekreasi yang menarik untuk dilakukan bersama rakan-rakan. Mana tidaknya, ia membabitkan kerjasama berkumpulan bagi memastikan pergerakan bot lancar meranduk air sungai deras yang kadangkala terdapat rintangan batu.

Meskipun aktiviti itu tidak asing lagi buat peminat rekreasi dan extreme, tetapi di Malaysia kalau korang nak tahu banyak lokasi yang boleh melakukan kegiatan itu. Maklum sahaja, Malaysia mempunyai pelbagai sungai huluan yang masih dara dan jernih airnya.

Sambil duduk di rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Damak hari ini nak cerita kat korang tentang pengalaman Damak menyertai berkayak arus deras di Kampung Ulu Slim, Slim River, Perak, baru-baru ini yang merupakan satu daripada destinasi popular di Malaysia bagi aktiviti itu.

A group of palm trees on a rock

Description automatically generated
Kredit: Refarm Leisure Farm

Pada mulanya, Damak dan rakan-rakan hanya nak try water rafting di Kuala Kubu Bahru, namun bila tengok air Sungai Selangor tidak begitu cantik terus batalkan niat nak buat aktiviti dengan sini. 

Jadi, kami ambil keputusan terus ke Slim River. Dari Pekan Kuala Kubu Bahru kami perlu memandu sekitar 45 minit untuk tiba di Resort Pulau Tibang yang merupakan satu daripada destinasi berkumpul bagi korang yang ingin melakukan kayak arus deras di Sungai Ulu Slim.

Yang bestnya dekat sini, pelbagai kemudahan seperti kedai runcit yang diusahakan penduduk setempat, tempat untuk menyalin pakaian dan ruang makan berbumbung. Seperti biasa bagi melakukan aktiviti itu, pastinya setiap peserta perlu diberi taklimat mengenai cara berkayak arus deras yang boleh memuatkan lapan orang di dalam sebuah bot.

Ketua pengemudi bot memaklumkan peserta perlu memahami arahan yang diberikan seperti mendayung ke hadapan atau ke depan, bergerak ke belakang atau ke hadapan dan cara menyelamatkan diri sekiranya terjatuh dalam sungai.

A group of people posing for the camera

Description automatically generated
Kredit: Malaysia Water Rafting

Korang perlu memahami arahan yang diberikan jurumudi kerana ianya amat penting bagi memastikan bot bergerak dengan baik terutama jika tersangkut di celah batu atau perlu menuruni jeram lebih rendah.

Selepas mendengar taklimat sekitar 30 minit, semua peserta mula masuk dalam bot masing-masing dan satu persatu bot yang ‘beratur’ mengisi penumpang dibenarkan untuk berkayak.

Pada hari itu, kami dimaklumkan keadaan air agak baik kerana berada pada tahap empat iaitu arus laju dan tidak cetek. Jika tidak dalam keadaan itu, pastinya pergerakan bot berdepan cabaran untuk berkayak.

A group of people riding on the back of a boat

Description automatically generated
Kredit: Malaysia Water Rafting

Damak dimaklumkan aktiviti berkayak arus deras kali ini sejauh tujuh kilometer yang mengambil masa sekitar tiga jam perjalanannya. Kedengaran masa itu agak panjang, tetapi apabila korang dah berada di atas bot sememangnya tidak terasa angka itu.

Mana tidaknya, sepanjang laluan, terdapat pelbagai batu sungai yang menjadi penghalang untuk bot terus berjalan. Ketika itu semua peserta di dalam bot perlu memainkan peranan mereka masing-masing tapi memang seronok.

A group of people on a raft in the snow

Description automatically generated
Kredit: Malaysia Water Rafting

Sekiranya bot tersekat di celah batu pula, semua peserta perlu mendengar jurumudi untuk memberatkan bot di bahagian tertentu. Tidak sekadar itu, sekiranya laluan air ‘tenang’ peserta di dalam bot juga perlu bersama-sama jurumudi untuk menggerakkannya sama ada ke kiri atau ke kanan.

Dalam melakukan aktiviti itu, pasti tidak lengkap tanpa jatuh dalam air kerana di situ dapat merasai nikmat cabaran berkayak yang sebenar. Kalau terjatuh jangan risau kerana langkah keselamatan sudah diambil seperti setiap peserta perlu memakai topi keselamatan dan jaket keselamatan tidak boleh dibuka. Malah, setiap ahli di dalam bot juga diberikan taklimat cara menyelamatkan rakan jika terjatuh.

A group of people on a raft in a body of water

Description automatically generated

Sekitar sejam berkayak, nampaknya laluan sungai semakin mencabar dan kemuncaknya apabila perlu menuruni laluan jeram yang agak tinggi sekitar lapan meter. Jeram itu dikenali sebagai Jeram Kotak.

Untuk melalui Jeram Kotak bukan mudah kerana kami semua perlu mengimbangkan bot dan memegang pada tali yang terdapat di tepinya supaya tidak jatuh. Ada juga rakan-rakan di bot lain terjatuh ketika melalui jeram berkenaan.

Sebaik melepasi laluan kemuncak itu, tiba masanya untuk ambil angin seketika di tepi sungai. Perkara yang dapat Damak puji ialah operator yang menawarkan perkhidmatan di sini amat peka kepada sampah kerana mereka akan mengutip setiap sampah di kawasan berehat.

A group of people swimming in a body of water

Description automatically generated
Kredit: Malaysia Water Rafting

Ketika menghampiri kawasan penamat laluan, menariknya kami dibenarkan untuk menghanyutkan diri ke tempat berkumpul terakhir. Untuk melakukannya tidak perlu khuatir kerana terdapat jaket keselamatan yang mengapungkan diri dan airnya juga cetek. Dalam erti kata lain, nak berdiri pun boleh.

Berkayak arus deras di Sungai Ulu Slim menarik kerana di sini bukan sahaja terdapat sungai yang menarik untuk melakukan aktiviti itu, malah kemudahan asas yang memberi keselesaan kepada pengunjung juga disediakan.

Artikel berkaitan
Cabaran Redah Air Terjun Lata Hammer
5 Lagi Tempat Menarik Aktiviti Outdoor Sekitar Selangor

Raja Lepak

Read Previous

10 Bunga Ini Boleh Dimakan Dan Banyak Khasiat?

Read Next

BBQ Lamb KL Kemensah Menyajikan Pengalaman Makan Dalam Sungai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *