Kantoi! Bunyi Dalam Tandas Gara-Gara ‘Mic’. Puas Tak?

Yaampun malunyer! Kat mana nak letak muka kalau kejadian ni berlaku kat diri sendiri. Hahahaha! Mau setahun Abang Bob tak keluar rumah. Tak sanggup beb nak berdepan dengan masyarakat.

Mintak simpang laa kejadian yang menimpa seorang Datuk Bandar kat AS ni apabila dia terlupa mematikan mikrofon yang digunakan sewaktu pergi ke tandas. Kejadian memalukan ni terjadi apabila Datuk Bandar tersebut, Dale Ross telah menghadiri satu mesyuarat dan memakai mikrofon jenis klip pada bajunya.

Masa sedang bermesyuarat tu, Ross kemudiannya telah meminta diri untuk ke tandas dan masih memakai mikrofon tersebut pada bajunya.

Gara-gara terlupa untuk mematikan mikrofon yang dipakai itu, segala bunyi ‘aktiviti’ yang dilakukan oleh Ross jelas kedengaran di speaker yang terletak dalam bilik mesyuarat!

Amboiii Abang Bob yang dengar pun cukup ‘teruja’ yer. Meriah betul! Kalau korang tak percaya, tengok video kat bawah ni:

Amacam? Hebat tak bunyi dia? Hahahaha! Masa kejadian memalukan tu berlaku, ahli majlis, Rachael Jonrowe sedang memberikan laporan tentang penyakit berjangkit.

Baca artikel ini: Kreatif! Makanan Dihasilkan Menyerupai Bentuk Virus COVID-19

Tapi ucapannya terganggu sebab bunyi kentut Ross yang begitu kuat jelas kedengaran pada pembesar suara.

Bila dah dengar bunyi ‘aneh’ yang tidak asing itu lagi, ahli mesyuarat lain yang ada kat dalam dewan tu masing-masing tidak dapat menahan ketawa.

Atas sikap profesional, Jonrowe dilihat masih berusaha untuk meneruskan laporannya tanpa menghiraukan bunyi lucu itu, tapi gagal!

Bunyi kentut yang semakin ‘mengganas’ itu akhirnya membuatkan Jonrowe menyerah kalah dan terpaksa ketawa dengan kuat.

Kalau korang nak tahu, kejadian tu dah lama berlaku iaitu pada tahun 2015, tapi ia kembali tular di laman sosial baru-baru ini.

Sampaikan President AS, Donald Trump sendiri tidak dapat menahan diri daripada upload video ni kat akaun Twitter miliknya.

Jadikan kisah ni sebagai pengajaran yer guys. Korang kena laa alert dan berhati-hati supaya incident memalukan ini tidak berlaku kat diri korang. Nanti siapa yang malu? Korang jugak.

Baca artikel ini: Boleh selamat ke? Kaedah Pelik Untuk Lindungi Diri Daripada Virus

Raja Lepak

Read Previous

Lepas PKP Wajib Pergi! 5 Port Food Court ‘Hipster’ di Kuantan Untuk Anda ‘Chill’ Dan Makan

Read Next

Hantu Raya Saka Turun-Temurun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *