Kreatif! Makanan Dihasilkan Menyerupai Bentuk Virus COVID-19

Macam-macam idea timbul sejak ada COVID-19 ni. Walaupun semua orang sekarang berjaga-jaga dengan wabak berbahaya ni, tapi ada segelintir individu berani tampil dengan idea kreatif bertemakan virus ni. Baru-baru ni heboh kat laman sosial bila ada dua orang chef telah menghasilkan ciptaan makanan berbentuk virus COVID-19. Seram pulak Abang Bob dengar.

Tapi disebabkan ciptaan makanan tu nampak unik dan menarik, semua orang jadi suka dan kagum dengan ciptaan makanan tersebut.

Contohnya macam yang dibuat oleh seorang chef pastri dari Perancis, iaitu Jean-François Pré. Dia telah menghasilkan ciptaan terbarunya iaitu telur coklat Easter yang mempunyai bentuk seperti virus COVID-19.

Abang Bob yakin ‘virus’ yang satu ni mesti semua orang tak takut. Telur Easter tu terdiri daripada glob coklat susu yang diwarnakan menjadi hitam dan dihiasi dengan buah badam berwarna merah. So tekstur telur Easter tu akan menjadi rangup diluarnya.

Baca artikel ini: Boleh selamat ke? Kaedah Pelik Untuk Lindungi Diri Daripada Virus

Chef Pré bagitahu, dia dapat idea untuk buat telur Easter berbentuk virus COVID-19 tu sebab dia berasa sangat tertekan dan penat dengar tentang isu tersebut.

Gara-gara nak hiburkan hati dan menceriakan orang ramai, so dia pun ambil idea untuk menghasilkan makanan menyerupai bentuk virus, tapi dalam versi yang tidak menyeramkan.

Idea untuk menghasilkan makanan bertemakan virus COVID-19 tu turut dibuat oleh seorang lagi chef dekat Vietnam.

Chef tersebut, Hoang Tung dari Hanoi telah menghasilkan hidangan berupa burger yang diolah menyerupai bentuk virus tersebut pada bahagian rotinya.

Tung bagitahu, idea untuk menghasilkan burger berbentuk virus tu sebab dia tak nak orang ramai berasa panik dan takut.

So, burger yang dia hasilkan tu menggambarkan keadaan kalau seseorang itu takut pada sesuatu, dia perlu memakannya.

Kalau korang agak-agaknya ada selera tak nak makan makanan yang dibentuk macam virus tu? Alaaa pejam jer mata lepas tu ngap! Yang penting sedap. Hahahah!

Baca artikel ini: Lain Kali Pakai Seluar! Suami Muncul Berseluar Dalam Semasa Isteri Sedang Bermesyuarat Secara Online

Raja Lepak

Read Previous

Pasaraya terpaksa buang stok makanan gara-gara pelanggan batuk atas rak menyimpan makanan

Read Next

Menakjubkan! Rumah Agam Atas Puncak Bangunan 34 Tingkat. Tapi Sayang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *