Pasaraya terpaksa buang stok makanan gara-gara pelanggan batuk atas rak menyimpan makanan

Abang Bob pun tak faham bila masih ada segelintir masyarakat yang memandang ringan dengan masalah COVID-19 yang sedang melanda hari ini. Kat tempat awam buat pula perangai tak senonoh sampai orang lain yang kena tempiasnya. Nasib baik kejadian yang Abang Bob nak ceritakan ni tak terjadi kat Malaysia.

Kejadian ni jadi kat sebuah pasaraya di Pennsylvania, AS, apabila pihak pasaraya terpaksa membuang semua stok makanan walaupun ia masih elok untuk dijual. Sebabnya ada seorang pelanggan kat pasaraya tu dengan sengaja telah batuk ke atas permukaan bahagian makanan yang menempatkan daging mentah dan roti!

Gara-gara tindakan biadap pelanggan tersebut, pihak pasaraya terpaksa menanggung kerugian sehingga mencecah RM149,208. Perghhh! Memang jahanam.

So nak tak nak, pihak pasaraya terpaksa mengambil langkah keselamatan dengan membuang kesemua stok makanan tersebut dan melakukan kerja-kerja pembasmian kuman.

Walaupun pihak pasaraya tak pasti sama ada si pelaku tu merupakan pesakit COVID-19 atau tidak, sebagai langkah berjaga-jaga stok makanan yang dah tercemar tu terpaksa juga dibuang.

Mana taknya, masa kejadian tu, ada beberapa orang pelanggan telah menjadi saksi, sehingga mencetuskan panik dalam pasaraya tersebut.

Pelanggan lain yang datang ke pasaraya tu pula, ingatkan stok makanan dah habis sebab bahagian rak tempat menyimpan makanan tersebut didapati telah kosong.

Baca artikel ini: Boleh selamat ke? Kaedah Pelik Untuk Lindungi Diri Daripada Virus

So lepas kerja-kerja pembasmian kuman dilakukan, pihak pasaraya telah meletakkan semula stok makanan baharu ke tempat rak yang telah kosong itu.

Tindakan pelanggan tu sepatutnya tidak boleh dijadikan bahan lawak terutamanya dalam keadaan kritikal yang berlaku pada hari ini.

So korang semua, please laaa jangan buat perangai tu kalau ada kat tempat awam terutamanya di pasaraya. Sekarang ni kalau kita batuk sikit jer orang dah pandang semacam dah.

Kalau korang nak dipandang sini masyarakat, cuba laa buat perangai macam tu kat tempat awam. Hahahah!

Baca artikel ini: Lain Kali Pakai Seluar! Suami Muncul Berseluar Dalam Semasa Isteri Sedang Bermesyuarat Secara Online

Raja Lepak

Read Previous

Suasana Memukau KL Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Read Next

Kreatif! Makanan Dihasilkan Menyerupai Bentuk Virus COVID-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *