Suasana Memukau KL Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Korang yang duduk kat Kuala Lumpur mesti sukar nak membayangkan keadaan jalan kat KL yang lengang tanpa kenderaan walaupun pada waktu malam. Betul tak?

Kuala Lumpur memang cukup terkenal guys sebagai ‘Kota Yang Tidak Pernah Tidur’. Kalau korang nak tengok keadaan jalan yang sepi kat KL memang cukup susah.

Waktu hari cuti perayaan besar sekalipun, korang belum pasti dapat tengok keadaan kota metropolitan ini kelihatan sunyi seolah-olah tidak berpenghuni.

Tapi baru-baru ni, tular beberapa keping gambar menakjubkan yang memperlihatkan keadaan kota Kuala Lumpur ‘sunyi’ tanpa kelibat kenderaan ekoran PKP yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Abang Bob tengok gambar-gambar tu memang terkesima ia sangat cantik, tapi jauh dilubuk hari sebenarnya tercalit sikit perasaan sedih melihat keadaan yang berlaku.

Kalau korang nak tahu, gambar-gambar menakjubkan itu telah diambil oleh seorang ahli perniagaan bernama Siva Kumar.

Dimaklumkan bahawa, Siva memang gemar mengambil gambar dan hasil gambar-gambar yang dia ambil memang cukup menggagumkan.

Kalau korang tak percaya, kat bawah ni Abang Bob ada kongsikan beberapa gambar kesunyian KL pada waktu malam semasa PKP.

Ternyata memang jarang dapat melihat suasana jalan raya kat KL ni lengang tanpa sebuah pun kenderaan.

Menarik bukan? Orang kalau dah minat pada bidang fotografi ni, kau bagi laa suasana apa sekali pun, hasilnya tetap wow!

Apa-apa pun, marilah kita sama-sama berdoa supaya keadaan yang menimpa negara mahupun dunia pada hari ini segera pulih seperti biasa. Rindu nak jalan-jalan!

Credit: Siva Kumar

Baca artikel ini:
Saloma Link tempat baru ‘OOTD’ terbaik di Kuala Lumpur
Cuci Mata Jom! Singgah Kejap Kat 7 Mall Terbaik di Malaysia

Raja Lepak

Read Previous

Boleh selamat ke? Kaedah Pelik Untuk Lindungi Diri Daripada Virus

Read Next

Pasaraya terpaksa buang stok makanan gara-gara pelanggan batuk atas rak menyimpan makanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *