Biar Benar! Kedai Makan ‘Hipsters’ Wujud Di Felda Lurah Bilut?

Nampak macam tak percaya, bukan? Tapi ini cerita benar tuan-tuan dan puan-puan. Bukan sahaja makanan yang disajikan begitu lazat malah dekorasi di kafe hipsters ini sungguh mencuri perhatian.

Terletak di Felda Lurah Bilut, Tanduk Cafe diusahakan oleh generasi ketiga tanah rancangan Felda itu yang berazam untuk memajukan tempat kelahirannya.

Kredit : Tanduk Cafe

Hamka juga sempat bertemu pemiliknya, Mohd Amirul Shah Zulkefli yang memberitahu walaupun menyajikan masakan barat bertarafkan hotel namun pengunjung di sini boleh menikmatinya dengan harga yang berpatutan.

Chicken Chop Ramen, Cheezy Mexican Burger, Carbonara VS Chicken Grill dan banyak lagi pilihan sajian barat bermula pada harga RM10 hingga RM20, manakala minuman dari RM1 hingga RM8. Bukan sahaja murah rasanya pun memantul gais!

Bila dah datang sini, Hamka syorkan korang try menu Cheezy Mexican Burger dan Chicken Chop Ramen dia, rugi kalau tak cuba makanan yang amat popular di sini

Kredit : Tanduk Cafe
Kredit : Tanduk Cafe

Terletak di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Lurah Bilut, perjalanan ke kafe ini hanya mengambil masa 15 minit dari bandar Bentong dan Raub.

Selain masakan barat, pelanggan juga diberikan pilihan dengan tersedianya menu masakan panas seperti mee, bihun, kuey teow goreng dan tom yam yang boleh tahan rasanya.

Kredit : Tanduk Cafe
Kredit : Tanduk Cafe

Untuk menghilangkan dahaga, korang boleh memesan seleksi minuman ‘float’ istimewa yang ditawarkan. Pasti korang kecur air liur melihat dekorasi yang dilakukan, seolah-olah korang tak nak usik pun… sebab cantik

Kredit : Tanduk Cafe
Kredit : Tanduk Cafe

Selesai menjamu selera, kereta kuda tersedia untuk membawa pelanggan Tanduk Cafe bersiar-siar sejauh 1 kilometer dengan caj RM5 bagi kanak-kanak dan RM10 untuk dewasa.

Tanduk Cafe beroperasi setiap hari kecuali Khamis, bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

Artikel berkaitan
Sedap Tak Terkata! 10 Makanan Tradisi Bugis Wajib Anda Cuba
Lepas PKP Wajib Pergi! 5 Port Food Court ‘Hipster’ di Kuantan Untuk Anda ‘Chill’ Dan Makan

Raja Lepak

Read Previous

Tradisi Letak Bantal Atas Peti Sejuk Untuk Bawa Tuah

Read Next

Taman Tema Mimaland Dulu Gah Kini Jadi Tempat Berhantu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *