Amazfit Active: Jam Tangan Pintar Terbaik untuk Gaya Hidup Aktif Dan Sihat

Mencari smartwatch yang sesuai dengan gaya hidup aktif dan sesuai untuk wanita? Zepp Health Corporation  memperkenalkan Amazfit Active! Direka untuk wanita abad ke-21 untuk kekal aktif dan kekal sihat, jam tangan pintar serba boleh ini akan menjadi pasangan anda di tempat kerja, semasa bersenam dan bermain.

Ouuu aksesori baru geng! Amazfit Active ni spesel utk wanita professional+aktif. Design mmg chic, ultra ringan plak tu. Tak suka pink tak pe, hitam pun ada. Onz?

Dengan kualiti terbaik siri Amazfit GTS dan Mini, smartwatch ini ultra-ringan serta kos efektif. Amazfit Active diperbuat menggunakan aloi aluminium dan reka bentuk plastik, menggabungkan paparan HD AMOLED 1.75″, Bluetooth, muzik, Multi-Global Navigation Satellite System (Multi-GNSS) dan navigasi laluan pemetaan tepat untuk berjoging, pendakian atau trek.

Ia juga dilengkapi dengan AI-powered Training Guidance by Zepp Coach untuk data seperti kadar denyutan jantung dalam 24 jam, SpO2 dan pemantauan tekanan untuk pelan senaman yang sesuai. Ciri Active ialah hayat bateri ultra lama, yang boleh bertahan sehingga 14 hari penggunaan biasa. 

Karmun Chow, Pengurus Pemasaran Zepp Health berkata, “Amazfit Active ialah jam tangan pintar serba boleh dan fleksibel untuk wanita yang perlu mengikuti perkembangan terkini dengan notifikasi dan peringatan daripada aplikasi kalendar dan komunikasi. Di sinilah ciri dan fungsi bergabung dalam bentuk yang bergaya sebagai pembantu hidup dan jurulatih senaman.”

Menampilkan 130+ mod sukan, yang terbaru, Trek Running akan mengekalkan rentak dan belahan anda. Dengan Zepp Coach, pada pergelangan tangan, akan memantau dan menganalisis senaman anda, gesaan suara semasa latihan, mengaitkan data dan mengoptimumkan latihan masa hadapan ke arah kecergasan yang lebih baik.

Didatangkan dalam 2 warna Midnight Black dan Petal Pink, pada harga RM599.00, Amazfit Active adalah aksesori moden untuk wanita aktif-profesional. Ciri-ciri lain termasuk lebih 100 muka jam, kalis air 5ATM, storan muzik, Sistem Penilaian Kesihatan PAI, aplikasi dan permainan yang boleh dimuat turun, aplikasi Zepp dan banyak lagi. 

Bermula pada 3 November 2023, Amazfit Active boleh didapati di Shopee di https://bit.ly/Amazfit-Shopee-Active, Lazada https://bit.ly/Amazfit-Lazada-Active, dan Kedai TikTok, pada harga RM599.00. Setiap pembelian akan menerima hadiah beg silang badan dan Pas Percubaan 7 hari Celebrity Fitness sementara stok masih ada.

Raja Lepak

Read Previous

Xiomi Pop Up Run 2023 kembali!

Read Next

Canon Membongkar Bakat Kreatif Penceritaan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *