Xiomi Pop Up Run 2023 kembali!

Siap sedia semua peminat Xiomi! Xiaomi POP Run 2023 kembali. Larian ini buat pertama kalinya kan diadakan secara offline dan terbuka kepada semua Peminat Xiaomi tempatan untuk mengambil bahagian. Acara ini akan berlangsung pada 11 November 2023 di Central Park Bandar Utama.

Xiaomi POP Run 2023 ialah inisiatif global oleh Xiaomi yang bermula dari Oktober dan akan berlangsung di 5 benua, merangkumi 13 negara dan 14 bandar, termasuk Malaysia. Di peringkat tempatan, acara larian akan berlangsung sejauh 3 km mengelilingi One Utama’s Central Park dan terbuka kepada 200 peserta pertama yang mendaftar. Semasa acara larian, peserta boleh sync data kemajuan dan kecergasan mereka ke aplikasi Xiaomi Fitness (Xiaomi Wear) melalui peranti boleh pakai Xiaomi mereka termasuk Xiaomi Smart Band 8 terbaharu.

Wei korangg! Ada yg nak teman lari bersama tak utk Xiaomi POP Run 2023? 3 km jer pun. Peluh2 manja je giteww! Onz yer.

Xiaomi POP Run 2023 adalah bukti komitmen Xiaomi yang tidak berbelah bahagi untuk menyatukan komuniti dalam mengejar gaya hidup yang lebih sihat di kalangan semua lapisan masyarakat dan menggalakkan kesejahteraan serta memberi inspirasi kepada perubahan positif.

Xiaomi POP Run 2023

Tarikh: November 11, 2023 (Saturday)

Masa: 5AM to 9.30AM (Flag off starts 7.30AM)

Lokasi: Central Park Bandar Utama, Dataran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor 

Semua peserta akan menerima pek perlumbaan oleh Xiaomi yang merangkumi beg Xiaomi POP Run 2023, baju-T, pelekat dan pelekat tatu. Selain itu, semua yang penamat perlumbaan juga akan menerima pingat penyertaan Xiaomi POP Run 2023.Berminat boleh daftar di SINI  atau dapatkan lebih info bekenaan di Xiaomi’s Facebook Page.

Raja Lepak

Read Previous

Hanya Tap ‘Buy’ Untuk Pembelian Lebih Mudah Dan Lebih Selamat Di Carousell

Read Next

Amazfit Active: Jam Tangan Pintar Terbaik untuk Gaya Hidup Aktif Dan Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *