Hanya Tap ‘Buy’ Untuk Pembelian Lebih Mudah Dan Lebih Selamat Di Carousell

Kena scam semasa membuat pembelian dalam talian bukan sesuatu yang baru. Bagi meningkatkan lagi keselamatan sistem pembayaran atas platform, Carousell, memperkenalkan butang “Buy”, penyelesaian satu-klik bagi pengguna untuk membeli dan menjual barangan dengan selamat dan mudah.

Ciri ini membolehkan pengguna untuk terus menikmati pembayaran selamat melalui platform termasuk FPX, dan penghantaran bersepadu menerusi PosLaju, serta polisi ‘Buyer Protection’. Pembeli hanya perlu menapis penyenaraian yang mempunyai label ‘Buyer Protection’, manakala penjual boleh memilih opsyen untuk mengaktifkan butang ‘Buy’ pada borang penjual apabila melakukan penyenaraian.

Meningkatkan Perlindungan bagi Penjual dan Pembeli

Hampir 80 peratus pengguna Carousell menyatakan mereka memilih untuk bertransaksi menerusi ‘Carousell Protection’, bekas sistem pembayaran eskrow atas platform, untuk transaksi selamat dan terjamin. Butang ‘Buy’ meningkatkan ciri-ciri ‘Carousell Protection’ dengan menawarkan polisi ‘Buyer Protection’, seperti peningkatan sokongan pelanggan untuk menyelesaikan pertikaian apabila barangan diterima tidak seperti digambarkan atau menerima pembayaran balik sepenuhnya jika barangan tidak diterima. Penjual juga dilindungi daripada pembeli yang menyalahguna proses pertikaian, pemulangan, ulasan dan tempahan.

Penjual juga akan memperoleh jaminan lebih lagi apabila membeli-belah, kerana penjual tidak akan dibenarkan menyenarai dengan butang ‘Buy’ seandainya mereka tidak memenuhi kriteria seperti penarafan ulasan dan kadar penyempurnaan pesanan, atau terdapat banyak pesanan yang tidak dipenuhi.

Untuk meraikan pelancaran butang ‘Buy’, Carousell Malaysia mengadakan peraduan di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM7,000, seperti PlayStation5 dan vacum Dyson, dengan hanya membuat pembayaran menggunakan butang ‘Buy’. Ketahui lebih lanjut mengenainya di SINI. 

Dengan menyediakan butang ‘Buy’, penjual juga mempunyai opsyen untuk membolehkan pembeli memilih transaksi menerusi ciri checkout satu-klik. Pembeli akan membuat pembayaran secara eskrow, dan maklumat pesanan mereka dikongsi dengan penjual pada halaman ‘Order Details’ bagi pengaturan penyempurnaan transaksi. Untuk pengguna yang memilih penghantaran bersepadu, mereka akan dapat melihat butiran penjejakan pesanan mereka di halaman ‘Order Details’. Pengguna yang masih menggemari ciri ‘Chat’ untuk ‘Make Offer’ masih boleh berbuat demikian pada halaman gambaran penyenaraian.

Peh Jing Zhi, Ketua Jabatan Barangan Am, Carousell Singapura dan Malaysia berkata, “Carousell berdedikasi untuk menyediakan platform yang dijamin selamat bagi rakyat Malaysia untuk membeli-belah dengan yakin, dan kami akan sentiasa menambah baik platform dan ciri-cirinya demi mencapai matlamat itu. Butang ‘Buy’ bukan sahaja memudahkan pengalaman membeli-belah barangan terpakai, tetapi juga membolehkan pengguna membeli-belah dengan lebih terjamin.”

Butang ‘Buy’ Carousell kini tersedia untuk semua pengguna di Malaysia dan Singapura. Untuk mengetahui lebih lanjut ciri-ciri dan manfaatnya, sila lawati halaman ini.

Raja Lepak

Read Previous

Pepsodent 2-2-10: Mulut Bersih, Gigi Sihat, Senyum Menawan!

Read Next

Xiomi Pop Up Run 2023 kembali!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *