Pepsodent 2-2-10: Mulut Bersih, Gigi Sihat, Senyum Menawan!

Pepsodent, jenama penjagaan mulut halal yang dipercayai keluarga telah melancarkan kempen untuk meningkatkan kesedaran kebersihan gigi dalam kalangan komuniti B40 di Lembah Klang melalui kempen 2-2-10 di PPR Lembah Subang. Jenama ini telah bekerjasama dengan Universiti MAHSA dan MYDIN dengan matlamat untuk melengkapkan isi rumah B40 dengan maklumat dan alat untuk mengekalkan kesihatan mulut yang optimum.

‘Pepsodent 2-2-10’ adalah berdasarkan tindakan mudah memberus gigi dengan ubat gigi yang betul berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan, iaitu 2 minit setiap kali, 2 kali sehari untuk mendapatkan gigi yang 10 kali lebih kuat.

Menurut Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan Malaysia 20191, prevalens terhadap kaviti dan karies gigi kekal tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan selama bertahun-tahun untuk meningkatkan kesedaran kesihatan gigi. Kempen di lapangan yang bertujuan untuk mendidik masyarakat Malaysia tentang kepentingan kebersihan mulut telah dikonsepkan dan dilancarkan oleh Unilever International – rakan kongsi unit perniagaan global Unilever.

“Sebagai jenama penjagaan mulut yang dipercayai keluarga, Pepsodent percaya bahawa setiap orang harus mempunyai akses kepada produk penjagaan mulut yang berkualiti tinggi dan mampu milik. Kempen 2-2-10 bertujuan untuk menyemai kepentingan asas kebersihan pergigian dan langkah mudah untuk mengamalkannya dengan berkesan. Bersama rakan kongsi kami MAHSA dan MYDIN Prihatin, kami komited untuk menyampaikan mesej pendidikan dan amalan penjagaan mulut yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia sekali gus memastikan kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa diutamakan. Tujuan Unilever International untuk ‘berkhidmat kepada yang terabai’ adalah selaras dengan kempen ini iaitu demi mendidik dan memperkasakan komuniti yang terabai tentang kepentingan kebersihan mulut.” kata Nitin Agarwal, Ketua Pegawai Pemasaran, Unilever International.

Sekolah Pergigian MAHSA dan para pelajarnya menyediakan pakar penjagaan gigi mereka untuk kempen ini. Sebagai salah satu sekolah pergigian yang terkemuka di Malaysia, MAHSA komited untuk menyediakan dan mengekalkan standard kesihatan mulut yang optimum buat masyarakat.

Kempen ini disokong oleh MYDIN Prihatin, cabang CSR Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN). Melalui gandingan ini, Pepsodent menyasarkan untuk mengedarkan 60,000 kit ubat gigi kepada komuniti B40 di seluruh Malaysia. 

Selain pengagihan kit penjagaan mulut kepada orang ramai, pengaktifan kempen ini turut merangkumi pemeriksaan dan rundingan kesihatan pergigian, demonstrasi memberus gigi setiap jam serta pengedaran kit ubat gigi. Kempen ini juga akan diaktifkan di Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak. Kit ubat gigi dan maklumat petua penjagaan gigi yang mudah akan diedarkan lagi oleh inisiatif MYDIN Prihatin. 

Raja Lepak

Read Previous

Celcom? Digi? CelcomDigi!

Read Next

Hanya Tap ‘Buy’ Untuk Pembelian Lebih Mudah Dan Lebih Selamat Di Carousell

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *