Canon Membongkar Bakat Kreatif Penceritaan Malaysia

Canon Short Film Contest 2023 telah melabuhkan tirainya! 

Bertemakan ” Harmony in Diversity,” peraduan ini bertujuan mencungkil bakat kreatif untuk memulakan perjalanan mereka dan sebagai menghargai kekayaan budaya di Malaysia. Peraduan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada calon pembikinan filem dan pencipta kandungan di seluruh negara merentas tiga kategori: Kamera, Kolej & Universiti dan Telefon Pintar.

Penyerahan dinilai berdasarkan kreativiti, penceritaan, kemahiran teknikal dan kesan keseluruhannya.

Filem “Don’t Get Too Close to That Edge” oleh Anwar Johari Ho yang berkisar tentang seorang penari tradisional yang mengejar kesempurnaan tanpa henti memengangi hadiah tajaan dan kamera EOS R5C baharu. Filem ini mendapat pujian kerana hasil yang kreatif, penceritaan dan pelaksanaan teknikal serta keupayaan pengarahnya yang berjaya mencipta naratif yang menarik dan didorong emosi dengan bakat sinematografi.

“Peraduan ini adalah bukti bakat dan kreativiti luar biasa penggiat seni Malaysia. Kami berbangga kerana telah memainkan peranan dalam menyokong dan memupuk gelombang baharu bakat filem”, kata Hunter Zhang, Pengarah Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej di Canon Marketing Malaysia.

Bagi Dato’ Dr Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia pula, “Kami gembira melihat filem-filem yang menang merakamkan intipati negara, daripada budaya yang meriah hingga landskap yang menakjubkan. Kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan semua peserta atas kreativiti dan bakat mereka.”

Pada yang berminat untuk menonton hasil kreativiti bakat-bakat hasil dari Canon Short Film Contest 2023, boleh layari Canon Malaysia’s Official Youtube Channel.  

Raja Lepak

Read Previous

Amazfit Active: Jam Tangan Pintar Terbaik untuk Gaya Hidup Aktif Dan Sihat

Read Next

KLFA 2023: Mengiktiraf Nama-Nama Besar Industri Fesyen Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *