Musim 4 Club Mickey Mouse Akan Ditayangkan Secara Langsung Di Malaysia

Buat peminat Mickey Mouse, korang tahu tak yang  tak lama lagi Disney+ Hotstar akan terbitkan musim ke-4 Mickey Mouse secara live di platform ni.

Dengan penggambaran  penuh dekat Malaysia, musim terbaru ni akan menampilkan 5 Mouseketeer yang asal iaitu Wafiy, Erissa, Gabriel, Faiz dan Ellya bersama 2 lagi wajah baru.

Dalam musim baru ni, ada juga Eric Lau, pemenang 4x Pingat Emas Wushu Antarabangsa sebagai Ketua Mouseketeer. 

Bukan takat tu je, ada juga penampilan 14 dari Wizards of Wanna Walk Disney sebagai Mouseketeer paling muda.

Sepanjang daripada ditubuhkan, Club Mickey Mouse banyak menghiburkan kanak-kanak dari generasi ke generasi dengan pelbagai barisan muzik, komedi, permainan dan sebagainya. 

Untuk musim 1-3 dah boleh tengok dekat Disney+ Hotstar manakala episode musim 4 akan disiarkan setiap minggu dengan tema dan muzik yang berlainan.

Fuh, teruja beb nak layan. Tapi kena tunggu pengumuman rasmi daripada Disney+ Hotstar tak lama lagi.

Kalau korang nak subscribe, bolehlah  download app Disney+ Hotstar dekat Google Play Store atau pun Apple Play Store. Sekarang ni dorang ada buat promo RM54.90 untuk 3 bulan tau.

Korang boleh baca lanjut dekat:  Harga Langganan Disney+ Hotstar Serendah RM54.90 Je Untuk 3 Bulan!

Raja Lepak

Read Previous

Presiden Filipina Ugut Akan Suntik Vaksin Untuk Babi Kalau Rakyat Degil Tak Nak Vaksin COVID-19

Read Next

Sampai Menggigil Peserta, Masterchef Indonesia Viral Sebab Ada Master Panas Baran?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *