Harga Langganan Disney+ Hotstar Serendah RM54.90 Je Untuk 3 Bulan!

Berita baik buat peminat Disney!

Lepas ni korang boleh berhibur strim video-video Disney dengan harga cuma serendah RM54.90 je untuk 3 bulan bermula 1 Jun ni.

Dalam tu korang boleh marathon sampai muntah sebab ada 800 tayangan filem termasuklah filem tempatan & filem international. Kalau local ni termasuklah filem & drama femes macam daripada rumah penerbitan Skop Production, Primeworks Studio dan sebagainya.

Bukan setakat tu, korang boleh jugak strim banyak episode drama siri popular terbitan Disney, Marvel, Pixar dan sebagainya. Ejen Ali pun ada jugak uols. Sesuailah kalau korang sekarang ni tengah cari platform yang boleh setiap lapisan umur tengok.

Yang kaki drama pukul 7 tu pun eloklah langgan jugak sebab korang boleh tengok siri drama kegemaran korang awal daripada masa tayangan sebenar dalam hari sama.

Tambah lagi menarik, striman ni juga ada dalam pakej khas Astro Movie Pack, jadi korang hanya perlu bayar RM5 je untuk layan kandungan yang sama.

Sama-sama nantikan 1 Jun ni. Tak sabar!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari website Disney+ Hotstar Malaysia.

Raja Lepak

Read Previous

Penduduk Dakwa Daging Katak Gergasi Lagi Sedap Dari Ayam

Read Next

Sebab Kenapa Orang Israel Sanggup Beli Kerakyatan Negara Lain Untuk Masuk Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *