Penduduk Dakwa Daging Katak Gergasi Lagi Sedap Dari Ayam

Sebut je katak, terbayang badan dorang. Ada yang menggerutu, ada yang licin. Macam-macam jenis lah sampai buatkan kita yang memandang pun terasa macam geli geliman. 

Tapi baru-baru ni, dekat Kepulauan Solomon, banyak dijumpai spesis katak gergasi  yang berkeliaran. Katanya disebabkan wabak COVID-19, habitat dorang tak diganggu. Jadi spesis katak ni bebas untuk bergerak tanpa gangguan.

Kredit: Daily Star

Katak yang boleh capai saiz baby ni ditemukan Jimmy Hugo yang masa tu tengah buru babi hutan dekat kawasan rumah dia. Penemuan Jimmy ni mengejutkan ramai pihak sebab ini kali pertama haiwan tu ditemukan di sana.

Orang-orang kampung pun buatlah ‘kenduri’ sebab masa dijumpai katak ni dah pun mati dan dorang kata rasa katak tu lagi sedap daripada rasa ayam. Fuh, lain macam ni.

Kredit: Daily Star

Ada pakar bagitahu yang kemungkinan besar katak gergasi yang dorang jumpa ni adalah daripada spesis Cornufer Guppyi yang mana ianya adalah salah satu spesis katak terbesar di dunia dan biasanya dijumpai dekat kawasan Kepulauan Bismarck-Kepulauan Solomon.

Disebabkan kegiatan pembalakan yang semakin berleluasa, spesis katak ni terancam. Bila pandemik COVID-19 melanda, semua aktiviti pembalakan termasuklah pembalakan haram tergendala. Jadi spesis ni bolehlah ‘bernafas’ kejap.

Raja Lepak

Read Previous

Macam Ucap Selamat Tinggal, Mayat Sempat Lambai Ahli Keluarga Dari Dalam Keranda Sebelum Dikambus

Read Next

Harga Langganan Disney+ Hotstar Serendah RM54.90 Je Untuk 3 Bulan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *