Macam Ucap Selamat Tinggal, Mayat Sempat Lambai Ahli Keluarga Dari Dalam Keranda Sebelum Dikambus

Perpisahan yang paling sakit adalah perpisahan dengan orang yang sudah meninggal dunia. Betul kan?

Biasanya kalau ada orang meninggal dunia, ahli keluarga akan bersama-sama ikut proses dari awal sampai akhir dengan berikan penghormatan terakhir di kubur sebelum mereka dikebumikan.

Kalau dekat kubur, biasa banyaklah cerita-cerita aneh yang akan terjadi macam yang pernah viral dulu, video jenazah seolah-olah ucapkan selamat tinggal dekat ahli keluarga dia dengan cara melambai.

Kejadian ni berlaku dekat Indonesia yang mana masa ketua pengebumian tengah baca doa masa keranda dibawa masuk ke dalam liang kubur. Tiba-tiba dari tingkap keranda tu macam nampak ada jari-jari bergerak seolah-olah sedang melambai semua yang ada.

Kalau baca komen dekat media sosial, ada yang kata doa yang dibacakan masa jari jenazah tu bergerak adalah menceritakan pasal penghidupan semula dan kehidupan lepas meninggal dunia. 

Ada jugak yang kata, jenazah tu sebenarnya masih hidup tapi teori ni ditolak pakar dengan alasan ianya hanyalah tindak balas daripada perubahan kimia dalam badan manusia yang mula mengeras dalam peringkat penguraian atau dikenali sebagai ‘rigor mortis’.

Apa-apa pun hanya Tuhan je yang tahu. 

Read Previous

Nas Daily Akhirnya Lepas Jugak Masuk Malaysia Lepas Beli Kerakyatan Negara Caribbean

Read Next

Penduduk Dakwa Daging Katak Gergasi Lagi Sedap Dari Ayam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *