Sebab Kenapa Orang Israel Sanggup Beli Kerakyatan Negara Lain Untuk Masuk Malaysia

Korang ingat tak hari tu CT ada sembang pasal yang Nas Daily excited boleh masuk Malaysia lepas ni sebab dia dah ‘beli’ kerakyatan dari negara Caribbean lepas berbulan-bulan berhabis masa dan wang.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya ramai je orang yang ada passport Israel nak masuk Malaysia, tapi disebabkan Malaysia memang tak terima passport Israel, dorang ni hanya mampu tengok jelah Malaysia dari dalam internet.

Pernah tak korang terfikir kenapa ramai sangat orang Israel nak masuk Malaysia? Okey, jom kita rungkai.

Kalau korang nak tahu, pada tahun 2020, seorang warga Israel yang ada passport Belanda datang ke Malaysia masa sambutan tahun baharu. 

Jadi Haim ni sharelah yang dekat Malaysia, dia dilayan dengan sangat baik. Malah walaupun berbedanya budaya & agama, rakyat Malaysia masih lagi boleh hidup aman, bertoleransi sesama sendiri.

Sangat berbeza dengan apa yang dia sangka dan dengar dari internet selama ni. Sebab di luar, Malaysia digambarkan sebagai sebuah negara radikal agama yang mundur dan miskin.

Tu yang bila dia datang sendiri, dan rasai sendiri pengalaman di Malaysia, member terkejut tengok rakyat Malaysia ni jenis chill je.

Rasanya, jaranglah pelancong yang datang Malaysia ni kecewa dengan Malaysia. Setuju tak?

Raja Lepak

Read Previous

Harga Langganan Disney+ Hotstar Serendah RM54.90 Je Untuk 3 Bulan!

Read Next

Mahu Kembangkan Populasi Negara, Lelaki Zimbabwe Ini Rela Berkahwin Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *