Mahu Kembangkan Populasi Negara, Lelaki Zimbabwe Ini Rela Berkahwin Lagi

Korang ingat lagi tak kisah lelaki dekat Zimbabwe yang ada 16 isteri dan 151 anak tu?

Walaupun dah berusia 66 tahun, Misheck Nyandoro tetap semangat nak kawin lagi demi untuk meningkatkan lagi populasi di negaranya. Dulu Misheck ni merupakan askar, tapi dah bersara.

Jadi dia claim sekarang ni kerja full time dia ialah ‘memuaskan isteri-isterinya’ yang masak, buat kerja rumah dan penuhi segara yang dia nak.

Walaupun anak dia dah lebih 100, Misheck tak pernah rasa terbeban sebab anak-anak dia manjakan dia dengan banyak benda termasuklah duit. Jadi hari-hari Misheck hanya duduk dan nikmati makanan yang isterinya bawa.

Fuh! Senang kan hidup Misheck?

Dan kalau nak tahu, Misheck ni juga tak nak berhenti setakat isteri ke-17 je tau. Sebab impian dia nak ada 100 isteri dan 1,000 orang anak sebelum dia meninggal. Yang mana isteri-isterinya lepas ni kena lebih muda sebab wanita tua tak minat dengan hubungan di bilik tidur. 

Kalau poligami biasa, isteri-isteri akan tahu turn suami dorang bila. Tapi dengan Misheck ni, isteri-isteri hanya akan tahu tu turn dia bila Misheck datang ‘kunjungi’ mereka di bilik tidur. 

Kata Misheck, tingkah lakunya di bilik tidur berbeza ikut umur isterinya. Maknanya layanan dia dekat isteri tua dia tak sama macam dia buat dekat isteri muda dia.

Last sekali Misheck kawin pada tahun 2015, sebab ekonomi Zimbabwe tak okey. Dan tahun ni Misheck bagitahu yang dia rancang untuk lanjutkan dengan perkahwinan yang seterusnya.

Bak kata Misheck, dia tak akan berhenti selagi ajal tidak menjemputnya. 

Raja Lepak

Read Previous

Sebab Kenapa Orang Israel Sanggup Beli Kerakyatan Negara Lain Untuk Masuk Malaysia

Read Next

31 Tahun Dipenjara Atas Kesalahan Yang Tak Pernah Dilakukan, Dua Beradik Tiba-Tiba Jadi Jutawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *