Presiden Filipina Ugut Akan Suntik Vaksin Untuk Babi Kalau Rakyat Degil Tak Nak Vaksin COVID-19

Hari tu kan CT ada cerita pasal AS tawarkan ganja free untuk rakyatnya yang ambil vaksin. Tapi hari ni CT nak cerita pasal hukuman yang akan dikenakan dekat rakyat Filipina kalau dorang degil tak nak terima suntikan vaksin COVID-19.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte keluarkan ugutan sesiapa yang tak nak terima suntikan vaksin akan dikenal pasti oleh ketua kampung sebelum kemudiannya akan dipanggil untuk disuntik dengan Ivermectin, vaksin khas yang biasanya dicucuk pada babi.

Kredit: The Straits Times

Sebabnya Duterte ni geram tengok kadar penerima vaksin dekat Filipina masih rendah daripada jumlah yang dia targetkan.

Walaupun niat Duterte ni bagus, tapi ia tetap tak dipersetujui pihak kesihatan Filipina yang rasakan tak perlu pun nak paksa orang ambil vaksin walaupun sasarannya mahukan begitu.

Sebelum ni pun Duterte dah ugut akan penjarakan sesiapa yang tak nak kena vaksin sebab keengganan nak vaksin akan sebabkan orang lain turut berisiko dijangkiti wabak pandemik ni.

Kredit: AP News

Kalau korang nak tahu, Duterte ni memang tegas. Bayangkan masa awal-awal dulu, dia pernah tau ugut nak bunuh rakyat Filipina yang langgar SOP & perintah berkurung.

Punyalah kejam statement dia ni. Dah macam Kim Jong-un pun ada.

Kredit gambar utama: Reuters

Read Previous

Kereta Hilang 2 Bulan, Sekali Jumpa Dah Jadi Besi Buruk

Read Next

Musim 4 Club Mickey Mouse Akan Ditayangkan Secara Langsung Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *