Sampai Menggigil Peserta, Masterchef Indonesia Viral Sebab Ada Master Panas Baran?

Rancangan MasterChef merupakan satu platform nak mencari master dalam bidang kulinari. Banyak bakat-bakat chef yang berjaya digilap melalui rancangan realiti hiburan ni dekat luar negara termasuklah Malaysia.

Macam sekarang dekat Indonesia tengah hangat ditayangkan rancangan MasterChef musim ke-8. 

Tiap minggu ada jelah isu pasal MasterChef ni. Antaranya chef yang jadi juri ni jenis yang baran dan suka marah-marah.

Chef Juna, antara nama yang selalu jadi perhatian sebab perangai barannya pada peserta yang ada. Ada satu klip viral yang mana tunjukkan Chef Juna marahkan seorang peserta sampai mencampakkan pinggan mereka.

Memang bersepah lah jawabnya. Si peserta pula bukan takat malu, tapi confirm menggigil sebab diperlakukan sampai macam tu sekali.

Kalau korang ingat yang semua tu sebab sekadar nak naikkan rating, ketahuilah semua tu memang natural. Bukan skrip.

Jadi memang Chef Juna tu jenis baranlah ye?

Kata Chef Juna, temper yang ditunjukkan pada peserta tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan susahnya nak belajar masak awal-awal tu. 

Tengok jelah pencapaian dia, dalam 4 tahun dah boleh jadi Sushi Master sampai boleh pegang jawatan Head Chef.

Kredit: FB Resep Masakan Chef Juna

Hmm, tapi perlu ke mengajar sampai macam tu sekali. Korang rasa?

Read Previous

Musim 4 Club Mickey Mouse Akan Ditayangkan Secara Langsung Di Malaysia

Read Next

Baru Je 24 Tahun Tapi Dah Jadi Jutawan Dengan Aset Hampir RM5 Bilion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *