Dah Bagi Duduk Percuma Pun Tak Hargai, Rumah Transit Asnaf Dibiar Kotor & Berbau

Sebagai tanda nak meringankan beban ekonomi mereka yang daripada golongan asnaf & miskin ni, ada pelbagai bantuan diberikan termasuklah bantuan yang berikan penginapan secara percuma.

Tapi tak ramai yang tahu menghargai bantuan yang diberikan.

Macam yang viral baru ni keadaan sebuah rumah transit yang diberikan dekat sebuah keluarga asnaf dekat Johor.

Rumah yang dah dihuni dorang sejak tahun 2015 ditinggalkan dalam keadaan kotor. Kata Ketua Penolong Pengarah Majlis Agama Islam Johor (MAINJ), Khirul Nizam Mat Said, rumah transit tu diberikan dengan tandatangan polisi yang mana sudah pun ditetapkan supaya kebersihan rumah dijaga.

Dan rupanya memang ada beberapa kali dah pihak dorang nasihatkan keluarga asnaf ni supaya berubah. MAINJ sendiri tak boleh nak suka-suka hati halau asnaf yang tinggal dekat rumah transit tu sebab pihak dorang yang membantu.

Kalau korang tengok gambar yang MAINJ share, korang pun jadi tak best sebab keadaannya teruk sangat. Kemudahan macam pintu, cat dan tikar getah memang habis rosak dibuatnya. Dan bil elektrik & air pun dah lama tak berbayar sampai diputuskan.

Pada akhir 2019, MAINJ dapat tahu yang keluarga asnaf tu tak lagi tinggal dekat situ lepas ada aduan supaya rumah tu dibersihkan sebab baunya terlampau busuk.

Tapi MAINJ tak boleh suka hati nak bersihkan rumah tu & terpaksa jejak dulu keluarga berkenaan untuk minta izin nak bersihkan dalam tu. Lepas setahun mencari barulah jumpa. 

Katanya rumah ni nanti lepas dibersihkan akan diserahkan kepada keluarga asnaf yang lebih layak. Moga keluarga seterusnya lebih menghargailah pemberian bantuan ini.

Mak CT selalu pesan, kita biar miskin macam mana pun tapi rumah jangan biar kotor dan bersepah. Sebab rumah yang bersih & kemas tu akan buat rezeki tuan rumah terbuka luas berbanding rumah yang kotor dan bersepah.

Dekat Malaysia ni dah beberapa kali viral pasal penyewa dari neraka ni. Antaranya kisah bilik penuh dengan sampah & lipas ni: Bilik Penuh Dengan Lipas & Sampah, Ini Memang Level Kotor Lain Macam

Raja Lepak

Read Previous

Sharifah Shahirah Buat Hal, Selamba Naik Kereta Sport Pakai Helmet Pink

Read Next

Bangga Dengan Ciptaannya, Pencipta Botol Buat Wasiat Minta Dikuburkan Dalam Salah Satu Bekas Pringles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *