Bangga Dengan Ciptaannya, Pencipta Botol Buat Wasiat Minta Dikuburkan Dalam Salah Satu Bekas Pringles

Jenama keropok kentang Pringles memang dah femes dekat dunia. Sebab packaging dia yang lain daripada keropok kentang yang lain – disimpan dalam botol berbanding plastik bag macam yang ada dulu.

Hasil daripada pengenalan tu, banyaklah jenama lain yang mula meniru untuk buat yang sama.

Kalau nak tahu, ada kisah menarik pasal pencipta bekas Pringles ni yang mana penciptanya, Fred Baur ‘dikuburkan’ dalam salah satu bekas ciptaannya.

Semuanya sebab dia terlampau bangga dengan pencapaiannya cipta bekas tu, jadi dia dah wasiat siap-siap dekat anak-anak dia supaya nanti bila dia meninggal dunia, kuburkan dia dalam salah satu botol Pringles.

Jadi bila dia meninggal pada 2008, anak-anak dia berusaha untuk tunaikan hasrat ayah dia. Lepas berkira-kira nak ‘kuburkan’ ayah dia dalam botol perasa yang mana satu, akhirnya dorang putuskan untuk pilih botol perasa asli.

Tapi tak semualah abu dia dikuburkan dalam tin tu, hanya sedikit je sekadar nak tunaikan hasrat ayah dia. Sebahagian lagi dimasukkan ke dalam pasu yang kemudiannya dikuburkan di kawasan perkuburan & diserahkan kepada cucu-cucu Baur.

Raja Lepak

Read Previous

Dah Bagi Duduk Percuma Pun Tak Hargai, Rumah Transit Asnaf Dibiar Kotor & Berbau

Read Next

Suka Modified Ekzos? Siap Sedialah Nak Kena Penjara 6 Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *