Sharifah Shahirah Buat Hal, Selamba Naik Kereta Sport Pakai Helmet Pink

Nama Sharifah Sakinah atau Kak Shiera bukan lagi nama yang asing dalam industri hiburan tanah air. Ada je gelagat dia yang buat netizen terhibur.

Contoh yang terbaru ni bila Shiera share satu video naik satu kereta sport untuk pergi beli belacan. Mula tu ingatkan nak naik motor, rupanya naik kereta mahal.

Yang kelakarnya, bila naik kereta sport tapi pakai helmet pink gais. Siap dengan selipar kaler ijo lagi tu! Mana netizen tak ketawa.

Tapi korang jangan main-main, pakai helmet pink pun nais je tau dia bawak kereta sport tu. Tak nampak kekok & gelabah pun.

Siap mengutuk lagi kereta sport mahal-mahal tapi aircond tak ada, wiper tak ada, nyamuk pun banyak. 

HAHA. Sentap pemilik-pemilik kereta sport nanti Kak Shiera!

Kalau korang nak tahu, kereta sport yang Kak Shiera naik tu adalah keluaran terhad Lotus yang hanya ada 311 unit je dan dekat Malaysia cuma ada 2 unit yang berdaftar.

Harga dia pula katanya lebih RM640,000 tau. Fuh! Berpeluh dengor.

CT tengok kereta mahal-mahal ni jadi seriau sebab teringat dekat kes yang test drive Mercedes yang terbabas hari tu. :/

Raja.Lepak

Read Previous

Hantu Penanggal Buru Wanita Baru Lepas Bersalin

Read Next

Dah Bagi Duduk Percuma Pun Tak Hargai, Rumah Transit Asnaf Dibiar Kotor & Berbau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *