Hantu Penanggal Buru Wanita Baru Lepas Bersalin

Waktu kecik-kecik dulu, CT ingat lagi filem-filem seram yang ada cerita pasal hantu penanggal yang cari babu baru lahir.

Kalau korang nak tahu, hantu penanggal ni biasanya terdiri daripada wanita yang menuntut ilmu hitam untuk kekalkan kecantikan, bunuh musuhnya, jaga tanaman atau peliharaan daripada pencuri dsb.

Bila dorang dah tuntut ilmu tu, dorang ada kuasa magis menceraikan kepala dari badan dan mampu terbang dengan tali perut yang terurai-urai. Darah yang mengalir daripada tali perut tu katanya kalau terkena pada orang lain, pasti orang tu akan dapat kudis.

Hantu penanggal ni kalau dekat Kedah orang panggil hantu tengelong, tapi tak bermaknalah dekat Kedah je ada hantu ni. Dekat mana-mana pun ada kalau ada perempuan yang amalkan ilmu hitam ni.

Dalam Hikayat Abdullah (1845), kisah hantu penanggal ni ada dikisahkan. Sir Stamford Raffles dalam satu catatannya dedahkan siapa yang amalkan ilmu hitam ni biasanya akan simpan satu tempayan cuka untuk peram urat perut dorang sebelum bercantum masuk kembali ke dalam badan asal.

Kalau tubuh hantu penanggal ni ditemui, & diterbalikkan, kepala dorang akan bercantum secara terbalik dan masa tu lah rahsia dorang ni terbongkar.

Penanggal ni suka sangat darah perempuan bersalin. Kalau dorang hisap darah tu, perempuan yang baru bersalin tadi akan meninggal sebab tumpah darah.

Jadi orang dulu-dulu kalau ada perempuan bersalin, biasanya dorang akan letakkan daun mengkuang yang berduri dekat sekeliling rumah supaya penanggal tak datang dekat sebab risau tali pusat dia tersangkut dekat duri tu. 

Bukan dekat Malaysia je tau ada benda ni, dekat Filipina pun ada hantu penanggal ni. Tapi dekat sana ia dipanggil Manananggal atau wakwak.

Korang ada pengalaman tak pasal hantu penanggal ni?

Raja.Lepak

Read Previous

Bom Meletup Pun Dengar Macam Bisikan, Ini Bilik Paling Sunyi Di Dunia

Read Next

Sharifah Shahirah Buat Hal, Selamba Naik Kereta Sport Pakai Helmet Pink

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *