Bilik Penuh Dengan Lipas & Sampah, Ini Memang Level Kotor Lain Macam

Setuju tak kalau kata lipas adalah serangga yang paling selalu dibenci manusia? Lagi-lagi kalau dia terbang, dah memang bukan lipas jadinya.

Lipas ni tergolong dalam kumpulan serangga perosak, yang mana kalau dia ada memang tandanya rumah tu kotor. Korang bayangkan kalau seekor pun dah gegar rumah dibuatnya, macam mana pulak rumah yang penuh dengan lipas?

Ya, jangan tak percaya ada rumah yang terlampau kotor sampai lipas penuh satu rumah! Macam dalam video ni, memang merata-rata weh ada lipas. 

Kisah ni dah viral lama dah tahun 2019, cuma ini isu yang sentiasa evergreen – hygiene. 

Benda bermula bila seorang pengguna FB, Micho Teh kongsi yang housemate dia, Isabella yang ada masalah kebersihan. 

Mula-mula dorang macam tak kisah sangat sebab dah nak pindah tapi 2 minggu lepas tu dorang perasan yang lipas makin banyak dalam rumah tu terutamanya musim hujan. 

Dan bila dorang sedar yang lipas tu datangnya dari tingkat atas, dorang ambil keputusan untuk check bilik Isabella.

Bila buka je bilik Isabella, hmm korang boleh bayangkan tak berapa banyak lipas yang ada dalam tu. Merata-rata ada! 

Kalau korang nak tahu bukan takat lipas tau, najis anjing pun ada! Belum tambah lagi dengan sepah sampah yang  ada.

Macam manalah dia boleh hidup dalam bilik tu. Tolonglah bagitahu, kita yang tengok pun rasa nak naik gila dibuatnya. T-T 

CT rasa bab kebersihan ni semua orang kena alert la.Jangan sebab malas, korang abaikan kebersihan . 

Mungkin awal-awal korang rasa tak apalah, kotor sikit je. Tapi bila dah dikumpul, tak mustahil boleh jadi macam ni.

Haih, menyusahkan orang lain betullah. Speechless tak tahu nak kata apa dah.

Kredit cerita & gambar: Micho Teh

Raja.Lepak

Read Previous

Lebih 35 Tahun Hilang, Kapal Terbang Ni Buat Kejutan Bila Tiba-Tiba Mendarat Dengan Tengkorak

Read Next

Gelagat Kucing Masa Malam Bikin Netizen Geli Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *