Gelagat Kucing Masa Malam Bikin Netizen Geli Hati

Kalau manusia, waktu malam adalah waktu untuk tidur & berehat. Tapi bukan untuk kucing tau. Waktu tidur dorang adalah waktu siang.

Pernah tak korang terfikir apa yang kucing korang buat masa korang tidur malam?

Mungkin korang tak tahu yang kucing ni masa malam jadi lebih aktif bergerak memburu & bermain.

Dekat Twitter, viral satu video yang paparkan gelagat kucing masa tuan dia tengah tidur. Korang boleh nampaklah dia punya aktif tu macam mana, memang tak reti duduk diam.

Ke sana ke sini buat kerja, sampai atas pintu pun boleh lepas. Mesti yang ada bela kucing boleh relate kan?

Yang paling  kelakar tuan dia langsung tak terjaga. Mungkin sebab dah biasa kot diganggu dengan macam-macam bunyi waktu malam.

Oh, mungkin jugak korang tertanya kenapalah kucing korang aktif sangat masa malam. Kalau korang nak tahu kucing yang aktif terlampau ni sebenarnya bosan. Sebab itulah bila datangnya malam, mulalah dia mengiau nakkan perhatian.

Sebab itu penting sebelum korang tidur, korang penatkan kucing korang dengan layan dia main sampai penat. Bila dah penat, haa nanti bila malam tak adalah dia aktif kacau korang.

Tapi bela kucing ni memang boleh hilangkan stress kan? Tengok muka comel dia tu rasa nak picit picit masuk poket. Hehe.

Raja.Lepak

Read Previous

Bilik Penuh Dengan Lipas & Sampah, Ini Memang Level Kotor Lain Macam

Read Next

Buat Sale RM19,000 Dalam Masa 5 Hari, Netizen Salute Kegigihan Pelajar Ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *