Buat Sale RM19,000 Dalam Masa 5 Hari, Netizen Salute Kegigihan Pelajar Ni

Buat puluh-puluh ribu dalam masa kurang 1 minggu memang agak susah, terutamanya buat peniaga-peniaga kecil.

Tapi baru-baru ni viral pasal seorang pelajar, Amzar Airil yang share beliau dan team dia berjaya buat RM19,000 dalam masa lima hari je dengan jual baju brand sendiri.

Kalau tengok musim pandemik ni, memang banyak perniagaan yang terjejas. Tapi dorang ni boleh jana pendapatan yang bukan sikit pulak tu dalam tempoh masa kurang seminggu.

Bila ditanya cara dorang buat marketing, dorang kata dorang sanggup pergi dari bilik ke bilik dekat asrama untuk promosikan baju jualan dorang tu.

Memang terbaiklah.

Kalau korang tengok TikTok dia pun boleh nampak yang gigihnya beliau cari income sendiri dengan berniaga, antaranya bantu lect dia meniaga. Passion dia pada bisnes memang jelas.

Orang kata kalau betul nak buat bisnes memang kegigihan, kerajinan tu kena ada. Kalau buat sekadar ikut-ikutan nak dapat income besar, mungkin korang akan terhenti dekat tengah jalan sebab cabaran dalam bisnes ni banyak. 

Salah satunya macam yang kita tengah alami sekarang ni. Orang ramai cuba berjimat dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ni.

Jadi buat korang yang tengah alami cabaran ni, tetapkan semangat! Moga Tuhan permudahkan segala urusan korang.

Read Previous

Gelagat Kucing Masa Malam Bikin Netizen Geli Hati

Read Next

Misteri Laut Segi Tiga Bermuda Tak Ada Kaitan Dengan Mistik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *